suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Star Karnival Cuti Cuti Malaysia berjaya capai sasaran pengunjung dan jualan

Roslan (duduk, tengah), Wang (duduk, dua dari kiri) dan tetamu jemputan lain bergambar kenangan pada majlis pelancaran Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia di Kuching. — ZULAZHAR SHEBLEE /The Star

STAR Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) berjaya mengatasi sasaran jumlah pengunjung dan jualan, sekali gus membuktikan kepentingan kerjasama erat antara pemain industri dalam mempromosikan pelancongan domestik.

Dianjurkan Tourism Malaysia dengan kerjasama Star Media Group (SMG), karnival itu kini membuka tirainya di lokasi terakhir iaitu Plaza Merdeka, di Kuching, Sarawak, sepanjang hujung minggu ini selepas menjelajah Pahang, Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Selangor.

Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Mohd Roslan Abdullah berkata, lima lokasi pertama berjaya menarik kehadiran 240,000 pelawat, sekali gus mengatasi sasaran awal 200,000 pengunjung.

Menurutnya, nilai jualan yang direkodkan pula mencecah RM3.5 juta, iaitu lebih tiga kali ganda berbanding sasaran awal sebanyak RM1 juta.

"Ini membuktikan nilai kerjasama dalam menghubungkan penggiat industri pelancongan secara langsung dengan pengguna," katanya.

Roslan berkata, Tourism Malaysia amat menghargai kerjasama dengan SMG dan berharap lebih banyak inisiatif promosi dapat dilaksanakan bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026-2027.

"Dengan meneruskan usaha ini, kami berhasrat memperkukuh permintaan terhadap pelancongan domestik, meningkatkan kesedaran mengenai destinasi pelancongan di Malaysia serta memastikan manfaat sektor pelancongan terus dinikmati komuniti dan perniagaan tempatan di seluruh negara," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran SKCCM Sarawak.

Tourism Malaysia domestic and events division senior director Mohd Roslan Abdullah.

Roslan berkata Tourism Malaysia menghargai kerjasama dengan SMG dan berharap lebih banyak inisiatif dilaksanakan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026-2027.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi SMG, Lydia Wang; Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Sarawak, Dayang Azizah Abang Zaidan; Presiden Persekutuan Pelancongan Sarawak, Audry Wan Ullok dan Pengarah Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya, Khalilurrahman Kamaruz-Zaman.

Edisi Sarawak menampilkan 37 reruai pameran yang mengetengahkan agensi pelancongan dan pengusaha industri pelancongan tempatan termasuk syarikat penerbangan, platform pelancongan dalam talian, lokasi tarikan pelancong serta penyedia penginapan.

Penyelia Akal Homestay dan Kampungstay Pusa, Abang Asnani Abang Kiprawi berkata, penyertaan dalam SKCCM membantu memperkenalkan daerah Pusa kepada khalayak yang lebih luas.

"Ini merupakan kali kedua kami menyertai karnival ini dan kami berharap mendapat sambutan menggalakkan seperti sebelum ini. Semoga lebih ramai orang mengenali Pusa serta tarikan yang terdapat di daerah ini," katanya.

Antara tarikan utama daerah berkenaan termasuk produk tempatan seperti gula apong dan lemantak (tepung sagu), selain makam Dayang Esah Tandang Sari, tokoh legenda yang mempunyai kaitan dengan Kesultanan Brunei.

Pengurus Besar De’Remin Sapit Homestay, Sofia Shafina berkata, karnival itu turut menjadi platform berkesan untuk mempromosikan produk pelancongan tempatan.

"Di homestay kami, pengunjung berpeluang mengenali budaya dan makanan masyarakat Bidayuh.

Visitors checking out the 40 booths offering various domestic travel packages at the Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) Penang held at Sunway Carnival Mall in Seberang Perai, Penang.( September 26, 2026 ) — LIM BENG TATT/The StarPenganjuran SKCCM berjaya mencapai sasaran pengunjung dan jualan yang ditetapkan.

"Mereka juga boleh menikmati pemandangan awan dan matahari terbit dari tingkap bilik, selaras dengan slogan kami, 'Village Above the Clouds'," katanya.

Dia berkata, pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti pendakian di kawasan semula jadi.

Sementara itu, Audry berkata, penganjuran karnival berkenaan tepat pada masanya bagi menggalakkan pelancongan domestik ketika musim luar puncak serta menjelang cuti persekolahan.

"Kebiasaannya, musim sibuk adalah dari Mei hingga September. Jadi, penganjuran acara seperti ini pada waktu sekarang amat sesuai. Cuti sekolah juga bakal tiba dan itu menjadi sasaran utama kami ketika ini," katanya.

Pengerusi Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MBHA) Cawangan Sarawak, Paul Ting menyambut baik penganjuran SKCCM yang disifatkan sebagai platform menghubungkan pelancong tempatan dengan pelbagai tawaran pelancongan di negara ini.

"Kita perlu mengadakan aktiviti seperti ini sekiranya mahu menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia kerana pelancongan domestik tidak seharusnya diabaikan.

"Bagi saya, menghadiri acara seperti ini sentiasa memberikan manfaat kerana kita jarang berpeluang bertemu penyedia perkhidmatan pelancongan seperti Cruise Malaysia," katanya.

Pengunjung SKCCM berpeluang menikmati pelbagai tawaran pakej pelancongan menarik, permainan pentas, aktiviti interaktif serta hiburan mesra keluarga, selain berpeluang memenangi hadiah pelancongan bernilai ribuan ringgit.

Karnival itu turut memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat tempahan percutian domestik serta mendapatkan pelbagai produk tempatan, hasil kraf tangan, cenderamata dan barangan jualan di bawah satu bumbung.

Artikel Lain