suria

Eh, boleh bawa balik? Ini 8 barang di bilik anda boleh ambil sebelum check out hotel

Ada beberapa barang yang disediakan hotel boleh dibawa pulang sebagai kenangan.

MENGINAP di hotel merupakan satu pengalaman mengujakan.

Kebanyakan hotel dilengkapi dengan pelbagai alatan dan barang keperluan untuk memudahkan tetamunya sepanjang menginap di sana.

Adakalanya barangan yang disediakan oleh hotel nampak begitu menarik dan dan cantik untuk dijadikan kenangan atau hiasan di rumah.

Tapi awas, jangan sampai terbawa pulang alatan atau barangan tidak sepatutnya sebelum ‘check out’.

Pekerja hotel menunjukkan senarai barang boleh diambil dan bawa pulang.

Bimbang sekiranya barang diambil ini hak milik hotel sehingga boleh menyebabkan kes kecurian pula.

Sebagaimana perkongsian pekerja hotel ini menerusi akaun TikTok The Manohara Hotel Yogyakarta, dia menunjukkan senarai barang yang boleh dibawa balik sebelum keluar.

Barang-barang hotel yang boleh bawa balik adalah seperti:

1. Laundry bag (beg pakaian kotor)

2. Air mineral

3. Buku nota

4. Selipar

5. Losyen

6. Ubat gigi

7. Gel mandian

8. Syampu

Air mineral dan alatan mandian merupakan antara barangan di hotel boleh dibawa pulang.

Senarai barang di atas, yang biasanya disediakan oleh kebanyakan hotel boleh dibawa pulang.

Namun, harus diingatkan bahawa bukan semua hotel menyediakan barang yang sama.

Sila perhatikan dan baca peraturan hotel yang biasanya ditampal pada belakang pintu bilik atau diletakkan nota di atas meja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain