Jangan teruja menginap di hotel... ikuti tip penting kurangkan risiko jangkitan Covid-19

Bilik hotel disembur dengan pembasmi kuman sebelum digunakan.

SEJAK penularan pandemik Covid-19, tiada perkara yang lebih penting selain perlu menjaga kebersihan diri selain sentiasa memastikan persekitaran terjaga rapi.

Biarpun musim percutian ke destinasi-destinasi terpilih belum dibuka sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya anda sudah melakukan persiapan awal sebelum mula travel.

Seorang krew pesawat berkongsi beberapa tip untuk memastikan bilik hotel yang dihuninya kurang risiko penularan wabak Covid-19 ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Utara Vietnam menjanjikan pengalaman luar biasa buat pengembara... Ini senarai 8 destinasi mesti dikunjungi jika ke sana!

Pramugari yang dikenali SkyQueen di laman Youtube dan Instagram ini memberitahu, dia kini kembali bertugas selepas hampir sebulan arahan lockdown berikutan perubahan jadual penerbangan.



Pelbagai pembersih atau pembasmi kuman dibawa ketika menginap di hotel.

Dia membuat rakaman sendiri ketika berada di sebuah holtel di Amerika Syarikat (AS) dengan memakai mask serta sarung tangan.

Dalam masa sama, dia mengakui ketika ini adalah tempoh menakutkan untuk travel dan cuba untuk melindungi dirinya daripada dijangkiti virus tersebut.

Sebagai langkah pertama, dia menanggalkan kasut yang dipakai sebaik sahaja memasuki bilik.



Alat kawalan jauh televisyen antara yang perlu dibersihkan.

Dia meletakkan kasutnya di sebelah pintu dan menyemburnya dengan pembasti kuman.

Selepas itu, dia memasukkan kasutnya dalam beg kasut.

Langkah kedua, dia menyembur beg pakaiannya dengan penyembur kuman dan mengelap dengan tisu anti-bakteria.

Langkah ketiga, kawasan katil juga, terutama meja tepi turut dibersihkan.



Suis lampu turut dibersihkan.

Malah SkyQueen turut menyarankan kepada semua supaya membersihkan 'remote control'.

Penyembur kuman yang dibawanya itu juga digunakan ketika menggunakan sinki, tab mandi, dan sekitar tandas.

Apabila semuanya sudah dibersihkan, jangan lupa juga menyembur telefon bimbit sebelum membuka mask, sarung tangan dan membersihkan tangan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tip, Travel, Bersih, Hotel

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain