Percaya tak, 5 destinasi popular ini boleh dikunjungi walau anda #dudukrumah!

Central Park, New York antara destinasi popular di Amerika Syarikat.

MELANCONG barangkali adalah perkara terakhir dalam fikiran kita memandangkan seluruh dunia ketika ini sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

Hakikatnya ketika ini, kita semua dinasihatkan untuk duduk di dalam rumah bagi membendung penyebaran virus berbahaya dan atas sebab itu juga kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Hampir kebanyakan destinasi popular dunia ditutup ketika ini namun, itu bukan bererti kita tidak boleh 'melancong' dari rumah!

ARTIKEL BERKAITAN: Sabar kaki travel... pelbagai perkara boleh dibuat dalam tempoh kawalan Covid-19

Sebaliknya, anda boleh 'bercuti' secara maya bagi merasai pengalaman di beberapa destinasi terkenal dunia. Berikut adalah beberapa 'lawatan' secara virtual yang boleh dilakukan dari rumah!

1. Central Park, New York

Jom menghirup udara segar di Central Park, New York secara maya - mercu tanda dan ikon kehijauan negara dengan jolokan Big Apple itu.

Antara taman yang terkenal di dunia, Central Park terletak di tengah-tengah bandar Manhattan. Tempat menarik lain di sini termasuklah patung Alice in Wonderland serta teater terbuka John Lennon.

Lawatan maya ini akan membawa anda ke tapak popular lain di Central Park serta penjelasan sejarah mengenainya. Bagaimanapun, perlu diambil tahu, ketika ini kawasan ini menjadi lokasi sementara untuk penempatan pesakit Covid-19 di Amerika Syarikat.

2. Le Musee du Louvre, Paris

Muzium seni terbesar di dunia itu telah ditutup buat sementara waktu ketika ini, tapi anda masih boleh melihat koleksi hebat (termasuk potret Mona Lisa) dalam talian - terima kasih kepada perkhidmatan lawatan maya yang disediakan laman web muzium itu.

Daripada tidak berbuat apa-apa di rumah, inilah masanya nak 'menjelajah' sejarah purba Mesir contohnya menerusi koleksi zaman Pharaonic selain sejarah muzium itu sebelum ini sebagai kubu.

3. British Museum, London

Muzium ini membuat ramai terpegun apabila ia pertama kali membuka pintu kepada orang ramai pada 1759 dan ia kekal sebagai destinasi paling terkenal di London sehingga ke hari ini.

Setiap tahun, ia menerima 5.8 juta pelawat dan beberapa pameran terkenal pernah diadakan di sini termasuklah figura Parthenon yang cukup kontroversi, Rosetta Stone dan peninggalan Sutton Hoo Ship Burial.

Menariknya, lawatan secara maya ke muzium ini bakal membuatkan anda terpegun dengan seni reka grafik yang ini. Beberapa ciri interaktif seperti panduan muzik turut diperkenalkan.

4. National Palace Museum, Taipei

Muzium bertaraf dunia ini menempatkan hampir 700,000 artifak dan karya seni kuno Cina termasuk koleksi disimpan generasi maharaja China menjadikan ia yang terbesar di dunia.

Bangunannya direka berinspirasikan istana di utara China, muzium ini merupakan lokasi wajib jika ke Taipei, Taiwan. Lawatan secara maya juga memberikan anda kepuasan sama seperti melawat sendiri ke sana.

5. Grand Canyon, Arizona

Peminat Taman Negara pasti menyimpan hasrat untuk berkunjung ke Grand Canyon. Tapak Warisan Dunia Unesco ini mempunyai beberapa pemandangan paling indah di dunia.

Ia juga merupakan rumah kepada pelbagai flora dan fauna termasuk tempat tinggal haiwan dikenali sebagai Condor California yang jarang dijumpai.

Lawatan maya membolehkan anda menerokai tempat-tempat kuno di lembah itu yang pernah menjadi tempat tinggal orang asli. Foto 360 darjah juga memberikan pengalaman lebih nyata.

Di laman web Grand Canyon juga, anda berpeluang melihat sendiri ahli arkeologi bekerja dan membuat kajian di taman negara itu. - THE STAR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain