suria

Roller coaster Boboiboy, teater Hantu Kak Limah tarikan baharu MAPS sempena cuti sekolah

Boboiboy dan teater Hantu Kak Limah tarikan baharu MAPS.

SEMPENA cuti sekolah yang bakal tiba, ibu-bapa boleh membawa anak-anak untuk berhibur di taman tema animasi pertama di Asia iaitu Movie Animation Park Studio (MAPS) di Perak.

MAPS memperkenalkan permainan baharu roller coaster Boboiboy Galaxy Cactus yang pasti menarik perhatian peminat siri kartun berkenaan terutama kanak-kanak. Ia juga secara tidak langsung melengkapkan lagi pengalaman hiburan di MAPS.

Ahli lembaga pengarah MAPS Ramelle Ramli berkata, pengunjung turut berpeluang mendapatkan cenderamata eksklusif Boboiboy.

"Selain itu kafeteria Boboiboy yang terletak berhampiran turut menyediakan 20 pilihan bufet buat pengunjung.

"Tambah menarik, peminat Boboiboy berkesempatan beramah mesra bersama maskot Boboiboy Galaxy,” ujarnya.

Tarikan baharu roller coaster Boboiboy Gallaxy Cactus di MAPS.

Selain itu, MAPS turut menawarkan Trilogy Illusion iaitu sebuah ilusi optik yang bakal menarik perhatian pengunjung, sebuah kolaborasi bersama Trilogy Magic Factory, yang pernah membawakan The Sacred Riana dari Indonesia.

Menerusi Dream Box pula, pengunjung berpeluang memenangi hadiah cenderahati bernilai RM500, pengalaman lagak ngeri, baucar makanan bernilai RM300 serta penginapan di Hotel Casuarina.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang berhibur dengan Teater Muzikal Hantu Kak Limah bermula 24 hingga 31 Disember 2018 bersama barisan pelakon filem berkenaan.

Teater yang diadaptasi daripada filem sebenar Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid itu akan dipentaskan sebanyak dua kali sehari di teater MAPS.

Buat yang ingin mencuba bakat, Dbilique membuka peluang ujibakat sebagai hos selebriti di MAPS menampilkan Faizal Ismail dan Farah Fauzana sebagai jurulatih.

Untuk sebarang maklumat berkaitan MAPS, layari Facebook MAPS atau www.mapsperak.com

MAPS, Hantu Kak Limah, Boboiboy

Artikel Lain