suria

Pujuk sertai Manchester United... Rio Ferdinand mengaku hantar mesej kepada Varane

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Ferdinand sudah menyakinkan Raphael Varane bahawa Old Trafford adalah tempat terbaik untuk bintang Real Madrid.

RIO Ferdinand mengakui dia telah menghantar mesej pada Raphael Varane bagi meyakinkannya untuk turut serta sebagai sebahagian pasukan Manchester United.

Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmat permain pertahanan itu, Varane bagi memberi saingan hebat untuk EPL bagi musim 2021/2022.

ARTIKEL BERKAITAN : Covid-19: Bayern Munich ramal kerugian sekitar RM739.7 juta

Menurut The Independent, Paris Saint-Germaint turut berminat untuk mendapatkan tandatangan Varane.

Pemain pertahanan itu mengimpikan cabaran yang baru setelah menjuarai pelbagai kejuaraan di Real Madrid sejak 10 tahun lalu.

Varane ingin menyertai pasukan Red Devils, namun proses perpindahan ini mengambil tempoh yang lama sebelum persetujuan dicapai.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Sebagai bekas pemain pasukan itu, Ferdinand telah menjalankan tugasnya untuk meyakinkan Varane bahawa Man United adalah destinasi terbaik untuknya.

Berita ini tular, apabila seorang daripada pengikut Ferdinand dalam sesi soal jawab di Instagram bertanyakan sama ada dia akan menghantar mesej tersebut pada Varane.-Mirror.uk

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain