suria

Diberi cuti untuk ambil kereta baharu, rakan sepasukan didakwa cemburu dengan Ronaldo

Ronaldo diberikan cuti untuk mengambil kereta baharu sedangkan ahli sepasukan yang lain sedang berlatih.

PEMAIN bola sepak Cristiano Ronaldo dilaporkan telah diasingkan di bilik persalinan Juventus dengan rakan sepasukan kerana bintang Portugal itu terlalu banyak kebebasan.

Sewaktu rakan sepasukan yang lain sibuk dengan latihan, Ronaldo diberikan cuti hanya untuk mengambil kereta baharu Ferarri Monza di kilang yang terletak di Maranello, Itali.

Ahli pasukan Ronaldo tidak suka akan layanan yang diberikan kepada pemenang Ballon d'Or lima kali berturut-turut itu.

Malah, dia dikatakan tidak berminat untuk bermain Liga Europa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

November lalu, pengurus Juve, Andrea Pirlo menolak tuduhan bahawa Ronaldo menerima 'layanan istimewa' berbeza dengan ahli pasukan lain.

Walaupun ia musim yang sukar bagi Juventus, ia merupakan kempen yang berhasil bagi Ronaldo yang mendahului carta gol Serie A dengan 28 gol.

Juventus memerlukan Champions League atau mereka terpaksa melepaskan salah seorang pemain hebat dalam pasukan tersebut. -Daily Mail

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain