suria

Kobe Bryant... Dunia bola keranjang muram tanpanya

Bryant bersama anak perempuannya yang turut maut dalam insiden helikopter terhempas Ahad lalu.

KEMATIAN tragik pemain bola keranjang, Kobe Bryant mengejutkan peminat sukan di seluruh dunia.

Bryant yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-42, Ogos ini maut dalam nahas helikopter Ahad lalu.

Lebih malang lagi, insiden yang berlaku di Calabasas, California itu melibatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun, Gianna serta tujuh lagi termasuk juruterbang.

Bryant dianggap sebagai bintang bola keranjang paling hebat sepanjang masa sepanjang 20 tahun bergelar atlet.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 500,000 tanda tangan peminat Kobe Bryant ubah logo NBA baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak zahir kesedihan susulan kematian Kobe, kongsi tribute di laman sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Legenda bola keranjang, Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter

Bekas pemain bola keranjang Amerika Syarikat (AS) ini juga dikenali sebagai ahli sukan yang bekerja keras mengerah titik peluhnya untuk berada di kemuncak kariernya.

Bryant bintang legenda bola keranjang dunia.

Karier

Kehebatan Bryant dalam arena bola keranjang tidak perlu dipertikaikan kerana bakatnya diwarisi daripada bapanya yang juga bekas pemain profesional NBA, Joe Bryant.

Malah dia juga merupakan anak saudara kepada John Chubby Cox yang juga merupakan pemain bola keranjang.

Bryant mula aktif bermain bola keranjang pada usia tiga tahun dan semakin gigih mendalami sukan itu selepas bapanya bersara ketika dia berumur enam tahun.

Mereka sekeluarga berpindah ke Itali untuk memulakan karier di peringkat profesional.

Sejak berada di Itali, bakat Bryant semakin berkembang dan dia hanya pulang ke AS pada setiap musim cuti. 

Antara 1996-1999, Bryant membuat penampilan pertama beraksi dalam Summer Pro League di Long Beach, California dan menjadi pemain paling muda terpilih untuk beraksi di perlawanan NBA pada usianya 18 tahun.

Bakat Bryant mula berkembang di Sekolah Tinggi Lower Merion.

Dia dipilih menyarung jersi LA Lakers bermula 1996 sehingga bersara pada 2016.

Sepanjang kariernya, Bryant digelar sebagai pemain terhebat sepanjang zaman selepas menjadi penjaring terbanyak untuk LA Lakers dengan menjulang lima trofi kejuaraan.

Sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam sukan bola keranjang, Bryang merekodkan 30,000 mata dan 6,000 lagi sebagai pembantu penjaring.

Malah Bryant juga turut membantu pasukan Olimpik AS merangkul pingat emas pada 2008 dan 2012.

Bryant membantu LA Lakers menjulang trofi kejuaraan sebanyak lima kali.

Bryant atau digelar 'Black Mamba' juga dikenali sebagai pemain berdisiplin tinggi dan tidak pernah berputus asa untuk mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertainya.

Dia tidak pernah menjadikan kecederaan sebagai penghalang untuk beraksi di gelanggang.

Pasangan hidup

Menariknya, Bryant dan isterinya Vanessa Laine dianggap sebagai pasangan paling ideal melayari alam perkahwinan selama 20 tahun.

Bryant bertemu dengan Vanessa ketika usianya 21 tahun, manakala Vanessa ketika itu berusia 17 tahun.

Enam bulan perkenalan, mereka mengikat tali pertunangan pada Mei 2000 dan berkahwin setahun kemudian.

Pasangan ini menerima kehadiran anak pertama pada 2003, yang diberi nama Natalia, dan anak keduanya Gianna pada 2006.

Bryant memuat naik gambar bersama isterinya sempena ulang tahun yang ke-20 perkahwinan mereka November lalu.

Hubungan mereka goyang pada 2011 apabila Vanessa memfailkan permohonan cerai dan membuka fail penjagaan bersama anak-anak.

Namun dua tahun kemudian Bryant dan Vanessa membatalkan urusan perceraian mereka dan kembali hidup bersama.

Pada 2016, pasangan ini dikurniakan seorang lagi anak perempuan, Bianka, manakala tahun lalu, Vanessa selamat melahirkan anak bongsu juga perempuan yang diberi nama Capri.

Bryant bersama isteri dan anak-anaknya.

Disayangi ramai

Kematian mengejut Bryant membuktikan dia adalah seorang bintang sukan yang disayangi seluruh dunia.

Namanya menjadi trending di semua media sosial malah di media tidak henti-henti melaporkan kisahnya.

Timbul pula persoalan mengapa pemergian Bryant memberi kesan bukan hanya kepada peminat-peminat bola keranjang, malah kepada atlet seluruh dunia juga selebriti terkenal.

Bryant sentiasa menjadi tumpuan kanak-kanak yang menjadikannya sebagai idola.

Antara jawapan kepada persoalan itu adalah kerana Bryant dianggap  sebagai seorang humble, yang sentiasa positif dan selalu bekerja keras untuk berada di tempat sekarang.

Bryant juga dikenali pemain bintang yang mesra dengan semua peminat-peminatnya.

Lebih menarik lagi, Bryant meletakkan dirinya sebagai family man yang sentiasa menghabiskan masa bersama keluarga.

Malah dia juga merupakan jurulatih kepada pasukan bola keranjang anak keduanya, Gianna.

Pemergian Bryant terus diratapi seluruh peminat bola keranjang dunia.

Namun malangnya Gianna atau dikenali Gigi turut 'pergi' selamanya bersama Bryant dalam tragedi menyayat hati itu.

Bryan dan Gigi serta penumpang helikopter lain dilaporkan dalam perjalanan ke tempat latihan di Staple Centre.

Sebelum ini Bryant menaruh harapan kepada Gianna untuk meneruskan legasinya memandangkan minat anaknya itu ke arah bola keranjang dan turut bermain untuk kelab Mamba, manakala anak sulungnya lebih aktif bermain bola tampar.

Profil:

Nama penuh: Kobe Bryant
Tarikh lahir: Ogos 23, 1978
Philadelphia, Pennsylvania
Meninggal Dunia: Januari 26, 2020 (aged 41)
Calabasas, California
Warganegara: American
Tinggi: 6 ft 6 in (1.98 m)[a]
Berat: 212 lb (96 kg)
Karier:  Sekolah Tinggi Lower Merion
(Ardmore, Pennsylvania)
Tempoh karier: 1996–2016
Posisi : Shooting guard
Nombor: 8, 24
Pencapaian:  1996–2016 Los Angeles Lakers
Juara 5× NBA  (2000–2002, 2009, 2010)
Final 2× NBA MVP (2009, 2010)
NBA Most Valuable Player (2008)
18× NBA All-Star (1998, 2000–2016)
4× NBA All-Star Game MVP (2002, 2007, 2009, 2011)
11× All-NBA First Team (2002–2004, 2006–2013)
2× All-NBA Second Team (2000, 2001)
2× All-NBA Third Team (1999, 2005)
9× NBA All-Defensive First Team (2000, 2003, 2004, 2006–2011)
3× NBA All-Defensive Second Team (2001, 2002, 2012)
Mata jaringan keseluruhan: 33,643 (25.0 ppg)
Sukan Olimpik:  Pingat emas 2008, 2012 London






Kobe Bryant, Bola Keranjang, Mati

Artikel Lain