suria

‘Bapa borek anak rintik’, Harvey Neville semakin cipta nama di England

Harvey (kiri) bersama bapanya yang juga bekas pemain legenda Manchester United.

LEBIH kurang sedekad mencipta nama bersama Manchester United dan England, Phil Neville kini terkenal sebagai pengurus pasukan.

Pada era 90-an dulu, nama Phil,42, sering disebut antara pemain pertahanan terbaik di Old Trafford selain daripada gandingan bersama abangnya Gary,44.

Mereka merupakan watak penting ketika zaman kegemilangan United sepanjang 1994 hingga 2005.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Jom berkenalan dengan 5 ‘ubi’ muda bakal jadi bualan tahun 2020

Lebih menarik, legasi keluarga bola sepak  ini diteruskan dengan anak lelaki Phil yang kini turut bersama kelab keramat bapanya itu.

Harvey menyertai Manchester United pada Julai 2018 dari Valencia.

Harvey Neville antara pemain muda yang sedang mencipta nama sebagai pemain bola sepak profesional.

Pemain berusia 18 tahun ini merupakan bintang yang semakin bersinar dan kini beraksi bersama skuad Bawah 18 Tahun Manchester United.

Anak sulung daripada dua beradik ini kemungkinan akan dipanggil menyertai skuad utama United jika prestasi semasanya memberangsangkan.

Sepanjang musim lalu, Harvey berjaya beraksi sebanyak lapan perlawanan Liga Perdana Bawah 19 Tahun bersama United.

Harvey bermain di posisi pertahanan kanan.

Malah musim lalu juga Harvey dipanggil menyertai skuad remaja Ireland (B-19) menentang Denmark di Sligo.

Pemain ini layak beraksi bersama Ireland memandangkan mempunyai pertalian di sebelah neneknya. Harvey mula menyertai Manchester United pada tahun 2018 untuk mengikut jejak langkah bapanya selepas berpindah dari Valencia.

"Saya sangat bangga dengannya. Dia seorang budak yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah. Tetapi dia perlu menentukan sendiri keputusan masa depannya.

Phil kini menguruskan skuad wanita England.

"Dia tahu apa yang dia nak dan ke mana dia hendak pergi," jelas Phil yang kini menguruskan skuad bola sepak wanita England.

Profil:

Nama penuh: Harvey Neville

Tarikh Lahir:  26 Jun 2002

Tempat Lahir: Manchester

Kewarganegaraan: England, Ireland

Posisi: Pertahanan Kanan

Mula serta United: 1 Julai 2018 dari kelab Valencia

No Jersi: 7



Artikel Lain