suria

Wow! Jom berkenalan dengan 5 ‘ubi’ muda bakal jadi bualan tahun 2020

Setiap pasukan teratas Liga Perdana Inggeris memiliki sekurang-kurangnya seorang pemain muda yang menjadi tumpuan.

TUMPUAN Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini bukan sahaja terhadap aksi menarik setiap pasukan, sebaliknya kelibat pemain muda turut menjadi sebutan.

Apa yang menarik, setiap pasukan teratas memilik ‘senjata’ muda yang dijangka mencipta nama seiring dengan pemain-pemain besar lain.

Peminat-peminat bola sepak pastinya lebih arif dengan kemunculan muka baharu dalam pasukan kesayangan mereka, malah yakin percaturan pengurus dalam barisan pemain bakal memberi impak besar kepada ‘ubi’ muda ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa pengurus EPL paling top musim ini? Jom semak senarai 6 jurulatih terbaik

Antara lima pemain muda yang dijangka terus menjadi tumpuan pada tahun 2020:

Mason Greenwood

Mason antara pemain muda Manchester United yang menjadi tumpuan.

Manchester United sememangnya mempunyai sejarah tersendiri dalam melahirkan pemain-pemain muda sejak dahulu lagi.

Produk kelab terkini adalah pemain berusia 18 tahun yang dijangka mempunyai masa depan cerah.

Greenwood bermain di posisi penyerang dan dia dianggap sebagai Robin van Persi junior yang mempunyai gaya tersendiri serta kelebihan menggunakan kaki kiri.

Pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer  memberitahu bahawa pemain ini mempunyai ‘natural finishers’ apabila berjaya meledak tujuh gol dalam semua pertandingan musim ini.

Gabriel Martinelli

Martinelli dianggap sebagai Van Persie junior di Arsenal.

Kehadiran pemain muda Brazil Gabriel Martinelli ke Arsenal musim ini menjadi tumpuan kepada penyokong-penyokong The Gunners.

Martinelli dari kelab Ituano antara pemain yang sering berada dalam barisan sebelas pemain utama biarpun berdepan dengan saingan sukar musim ini.

Bagaimana pun kerja keras pemain berusia 18 tahun ini berbaloi apabila berjaya meledak lapan gol dalam sembilan perlawanan musim ini.

Gandingan dengan dua lagi pemain muda Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe menjadikan skuad kendalian pengurus baharu Mikel Arteta menjadi lebih banyak pilihan.

Callum Hudson-Odoi

Hudson-Odoi diberi kepercayaan menyambung kontrak baharu bersama The Blues.

Hudson-Odoi menjadi taruhan skuad kendalian Frank Lampard musim ini.

Biarpun dibelenggu kecederaan pada awal musim, pemain berusia 19 tahun ini diberi kepercayaan untuk menandatangani kontrak baharu bersama kelab.

Sehingga kini dia belum merekodkan sebarang gol kerana jarang diletakkan sebagai pemain utama, namun berjaya sebagai pembantu gol sebanyak empat kali.

Phil Foden

Foden antara pemain muda kesayangan Guardiola.

Bagi penyokong Manchester City, kehadiran Phil Foden sudah tidak asing lagi biar pun jarang diturunkan sepnuh masa oleh Pep Guardiola.

Dia antara pemain muda kesayangan Guardiola malah pengurus itu tidak membenarkan Foden meninggalkan kelab kerana yakin bakatnya amat penting untuk kekuatan kelab ini.

Foden, 19, dianggap sebagai pemain masa depan untuk England di bahagian tengah.

Troy Parrot

Parrot mula mendapat perhatian pengurus baharu Spurs, Mourinho.

Pengurus baharu Spurs, Jose Mourinho memang terkenal dengan sentuhan memilih pemain muda.

Kehadiran Parrot dari Ireland bakal meletaknya dalam senarai generasi muda Spurs. Mourinho sudah menunjukkan minat terhadap pemain berusia 17 tahun ini apabila turut menyenaraikannya dalam barisan pemain utama.

Parrot merupakan pemain dalam skuad senior Ireland dan turut beraksi menentang New Zealand November lalu.

Sehingga kini dia berjaya meledak 19 gol dalam 27 penampilan untuk skuad remaja Spurs musim lalu. -onefootball.com

Artikel Lain