Messi tak lupa asal usul... Rumah pusaka keluarga antara 6 lokasi di Rosario dekat di hati bintang Barcelona ini - Personaliti Sukan | mStar

Messi tak lupa asal usul... Rumah pusaka keluarga antara 6 lokasi di Rosario dekat di hati bintang Barcelona ini

Messi tidak pernah lupa kampung halamannya di Rosario.

LIONEL Messi dikenali di seluruh dunia, peminatnya pula tak kira usia dan latar belakang.

Rata-rata peminat bola sepak dunia bercerita mengenai bintang Barcelona ini seolah-olah mereka kenal rapat dengan Messi.

Bagi peminat pemain berusia 32 tahun ini, rekod gol, jumlah trofi kelab dan anugerah yang dirangkul Messi semua dalam ingatan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Dennis Bekking di AMD?

Lebih menarik mengapa semua lapisan penggemar bola sepak dunia meminati Messi? Tentu sekali kerana kemahirannya sangat luar biasa ketika di padang.

Yang pasti Messi juga dianggap lelaki paling setia kepada kenalannya sejak kecil, Antonella Roccuzzo yang kini sudah menjadi isternya.

Mereka kini bahagia bersama tiga cahaya mata iaitu Thiago, Matteo dan Ciro.

Messi bersama anak-anaknya serta trofi Ballon d'Or yang dimenangi buat kali keenam.

Walaupun sudah berpindah ke Sepanyol sejak berusia 13 tahun, Messi tidak lupa asal usul dan tempat lahirnya, Rosario, Argentina.

Rumah keluarga Messi yang menjadi tempat  dia dan adik-beradiknya yang lain membesar bersama masih kekal di tempat asal biar pun kini tiada penghuni.

Bagi Messi, Rosario adalah tempat penting dalam hidupnya.

Kenali 6 tempat di Rosario mempunyai hubung kait dengan Messi yang menjadi tarikan orang ramai.

1.Padang bola sepak

Kawasan permainan Messi di Rosario ketika masih kanak-kanak. Foto:AP

Sukan bola sepak bukanlah aktiviti kesukaan Messi pada awal usia kanak-kanaknya. Messi membesar di kawasan kejiranan La Bajada di Rosario dan menghabiskan masanya bersama kanak-kanak lain mengayuh basikal, bermain baling-baling batu serta main sorok-sorok. 

Malah kadang-kadang Messi juga tidak ketinggalan dengan perangai nakalnya apabila mencuri buah lemon jirannya untuk membuat jus.

2. Mural kejayaan

Mural Messi di sekitar banda Rosario. Foto: AP

Messi meraih anugerah Ballon d'Or buat kali keenam menambahkan lagi sejarah di bandar Rosario. Dinding bangunan  atau kediaman di sepanjang jalan di bandar Rosario dipenuhi dengan lukisan Messi yang berwarna warni.

3. Rumah dua tingkat

Messi masih menyimpan rumah keluarganya sebelum berpindah ke Sepanyol. Foto: AP

Kawasan penduduk golongan pertengahan di La Bajada menjadi tumpuan ramai apabila salah sebuah rumah dua tingkat itu milik keluarga Messi.

Biarpun tiada lagi penghuni, tetapi ia dijaga rapi memandangkan Messi dikatakan amat menyayangi rumah milik keluarganya.

4. Tempat lahir

Messi lahir di Rosario pada 24 Jun 1987.

Hospital Italiano Garibaldi di Rosario juga menjadi sebutan apabila Messi dilahirkan pada 24 Jun 1987. Dia tinggal di bandar tersebut sehingga tahun 2000 dan berpindah ke Barcelona.

5. Muzium

Muzium ditubuh untuk atlet-atlet yang lahir di Rosario.

Sebuah muzium sukan dibina berhampiran dengan rumah keluarga Messi. Muzium tersebut turut mengumpul nama-nama bintang acara sukan pemotoran, tinju, bola keranjang dan bola sepak.

Koleksi lukiasan Messi sebagai tanda monumen dari Rosario dan Barcelona dengan sebaris ayat, "All that i did, i did for scoccer."

6. Kelab Newell 

Jersi Messi ketika mendaftar sebagai pemain di kelab Newell.

Kelab Bola Sepak Newell merupakan permulaan awal Messi menceburi bola sepak. Dia hanya mendaftar sebagai pemain, namun tidak sempat berlatih kerana berpindah ke Barcelona. 

Namun Messi pernah memberitahu bahawa dia akan kembali ke Newell sebagai pemain selepas bersara dalam Liga Sepanyol serta arena antarabangsa.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain