suria

Siapa 6 figura yang masih pertahan status pemain bola sepak terbaik dunia sehingga 2020

Enam pemain yang menduduki kelompok teratas terbaik sehingga tahun 2020.

LEBIH kurang seminggu tirai Tahun 2020 dibuka minggu lalu, beberapa nama pemian bola sepak dunia masih mengekalkan kehebatan untuk berada dalam kelompok terbaik.

Apa yang pasti, bagi peminat bola sepak dunia, penutup tahun lalu begitu bermakna memandangkan nama pemain kesayangan kekal dalam senarai utama keseluruhannya.

Seperti dijangka, bintang pemain Barcelona, Lionel Messi yang meraih Anugerah Ballon d'Or masih memegang status pemain terbaik dunia, mengetepikan pesaing yang selalu menjadi sebutan, Cristiano Ronaldo.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Jom berkenalan dengan 5 ‘ubi’ muda bakal jadi bualan tahun 2020

Namun bagi penyokong Liga Perdana Inggeris (EPL) pastinya amat berpuas hati apabila nama bintang pilihan mereka turut berada dalam senarai terbaik untuk meneruskan baki perlawanan liga musim tahun ini.

Senarai di bawah merupakan yang terbaharu disenaraikan pada penghujung Disember lalu sebagai pemain pilihan terbaik. Dan mereka ini masih mengekalkan status tersebut sehingga hari ini.

6. Jan Oblak – Atletico Madrid (Slovenia)

Oblak antara penjaga gol terbaik sejak tahun lalu.

Mungkin bagi peminat-peminat bola sepak Inggeris nama Oblak agak baharu bagi mereka, namun tahukah anda aksi Oblak dalam skuad Atletico Madrid di Liga Sepanyol memang selalu dinanti-nantikan.

Penjaga gol berusia 27 ini dianggap tonggak penting dalam skuad kendalian Diego Simeone bagi mengharungi baki liga sehingga Mei ini.

Oblak mengekal rekod bersih bersama Atletico Madrid yang kini menduduki tangga ketiga liga.

5. Kylian Mbappe – Paris Saint-Germain (Perancis)

Mbappe satu-satu pemain muda yang kekal berada dalam kelompok lima terbaik pemain terbaik seluruh kelab dunia.

Nama Mbappe menjadi sebutan sejak dua tahun lalu ketika aksinya dalam Piala Dunia bersama Perancis dua tahun lalu.

Mbappe , 21, dianggap penyerang muda yang bakal mewarnai dunia bola sepak sebaris dengan bintang-bintang bola sepak lain.

Pemain sensasi kelab PSG ini juga antara yang selalu diintai kelab-kelab gergasi lain, namun sehingga musim ini dia masih setia bersama pengurus Thomas Tuchel.

Biarpun ramai lagi pemain-pemain hebat yang muncul tahun lalu, Mbappe tetap konsisten dan berada dalam kelompok terbaik senarai seluruh pemain liga dunia.

4. Cristiano Ronaldo, Juventus (Portugal)

Ronaldo masih mengekalkan statusnya selaku pemain bintang.

Siapa yang tidak kenal dengan pemain yang penuh gaya ini. Ronaldo bukan sahaja dikenali sebagai pemain hebat di padang, sebaliknya dia juga terkenal dengan sikap obsesnya mengekalkan fizikal berada dalam keadaan terbaik.

Biarpun umurnya sudah mencecah 34 tahun, tetapi kapten Portugal ini kekal mengatasi pemain-pemain yang lebih muda daripadanya.

Ronaldo sentiasa menjadi topik utama peminat-peminat bola sepak dunia untuk dibandingkan kehebatan dengan pemain Barcelona, Messi.

Selain bergelar pemain bola sepak, Ronaldo juga terkenal sebagai duta beberapa produk terkemuka dunia.

3. Mohamed Salah, Liverpool (Mesir)

Salah antara watak penting dalam skuad Jurgen Klopp.

Bagi peminat The Reds, Salah antara pemain penting dalam skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Pemain berusia 27 tahun ini mendapat perhatian selepas berpindah ke Anfield pada 2017 dari Roma.

Sejak itu, dia merupakan ‘ayam tambatan’ yang sentiasa konsisten mempamerkan gol bertenaga.

Sehingga kini dia merupakan pemegang Anugerah Kasut Emas Liga Perdana. 

2.Virgil van Dijk Liverpool (Belanda)

Van Dijk tewas kepada Messi dalam perebutan anugerah Ballon d'Or tahun lalu.

Van Dijk menjadi sebutan tahun lalu untuk meraih Anugerah Ballon d’Or, namun belum ada rezeki apabila tewas dengan Messi.

Bagaimanapun, pemain tinggi lampai ini tetapi menjadi sebutan kelab-kelab besar yang lain dan masih berminat untuk mendapatkan.

Namun awas ya kerana Van Dijk ini dianggap sebagai benteng penting bagi skuad Jurgen Klopp dan tidak akan meninggalkan Anfied untuk tempoh terdekat ini, lebih-lebih pasukannya kini dalam misi menjulang trofi liga musim ini.

Tambahan pula pemain tinggi lampai berusia 28 tahun ini merupakan kapten The Reds.

1. Lionel Messi, Barcelona (Argentina)

Sehingga kini Messi masih mengekalkan selaku pemain terbaik dunia.

Setiap tahun Lionel Messi mengekalkan aksi konsisten bersama Barcelona, malahan tunggak utama pasukan ini juga adalah watak penting untuk kelabnya dalam misi menjulang trofi liga musim ini.

Barcelona kini berada di kedudukan teratas liga.

Lebih membanggakan Messi dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or buat kali keenam tahun lalu.

Selain dianggap pemain terbaik dunia, dia juga merupakan pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak (40 juta euro).

Sehingga kini tiada pemain yang dapat mengatasi rekod golnya 48 gol dalam 47 perlawanan sepanjang tahun lalu dalam semua aksi.








Pemain Dunia, Terbaik, Bola Sepak, Dunia

Artikel Lain