suria

Legenda bola keranjang, Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter

Kejadian berlaku di Calabasas, California. FOTO: Reuters.

PEMAIN bola keranjang legenda Amerika Syarikat, Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter pada usia 41 tahun.

Sewaktu kejadian, helikopter dinaiki Bryant bersama lapan individu lain terbakar sebelum terhempas di bandar Calabasas, California sehingga mengorbankan kesemua penumpang.

Selain itu, anak perempuan Kobe yang berusia 13 tahun turut maut dalam kejadian itu.

Bryant, juara NBA lima kali sememangnya dikenali ramai sebagai antara pemain bola keranjang terbaik dunia.

Orang ramai termasuk selebriti turut menzahirkan rasa terkejut dan sedih atas pemergian Bryant menerusi media sosial. - BBC.

Artikel Lain