suria

Banyak aksi tembak-menembak, Presiden Perancis salahkan permainan video punca rusuhan

Permainan video dikaitkan dengan keganasan yang berlaku di Perancis.

PRESIDEN Emmanuel Macron menyifatkan kejadian rusuhan dan tunjuk perasaan yang berlaku di Perancis berpunca daripada permainan video dan media sosial.

Malah dia dengan jelas menyatakan penunjuk perasaan menjadikan aplikasi Snapchat dan TikTok sebagai medan untuk golongan muda 'berkumpul' dan merancang keganasan.

Baginya, kandungan dalam permainan video telah meracuni fikiran anak muda masa kini.

Bagaimanapun, Macron sendiri merupakan figura yang terkenal sebagai penyokong permainan video, terutamanya yang mempunyai unsur persaingan.

Pada September 2022, dia mengumumkan berita bahawa Perancis akan mengadakan dua acara e-sport besar pada tahun 2023 dan 2024, satu menjadi Major dalam taktikal FPS Counter-Strike: Global Offensive.

Keganasan dan tunjuk perasaan di Perancis masih berlangsung. -Gambar France24

Disebabkan itu, laman Video Games menggelar Macron sebagai seorang ahli politik terbaik kerana boleh menukar pandangan secara serta merta mengikut keadaan.

"Sebagai seorang ahli politik yang sempurna, menukar pendapatnya kepada apa sahaja yang diperlukan pada masa ini adalah kemahiran yang telah disempurnakan oleh Macron," kata laman tersebut.

Selain itu, Video Games turut menasihatkan supaya masyarakat tidak mengambil serius tentang yang dikatakannya mengenai perkara tersebut.

"Untuk memelihara demokrasi, permainan video boleh dipersalahkan sementara," tambahnya.

Terdahulu, rusuhan semasa di Perancis tercetus selepas seorang remaja ditembak polis, sejak itu kejadian keganasan dan rompakan meningkat tinggi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain