suria

Jadikan Hari Bapa lebih bermakna! Ini 4 permainan video boleh dijadikan hadiah... ‘Daddy moden’ mesti suka

Luangkan masa sempena Hari Bapa dengan bermain permainan video di rumah. -Gambar hiasan

MELUANGKAN masa bersama bapa merupakan 'hadiah' terindah yang seorang anak boleh berikan bagi menghargai pengorbanan mereka.

Sempena Hari Bapa yang bakal tiba tidak lama lagi, pasti masih ramai yang tercari-cari hadiah menarik untuk diberikan.

Tak perlu membazir atau habiskan duit sambut di tempat mewah, kerana bermain permainan video bersama-sama di rumah pun sudah cukup bermakna buat mereka.

Ini senarai permainan video yang boleh dimain bersama-sama sempena Hari Bapa tahun ini yang jatuh pada tanggal18 Jun.

1. FIFA 23

Bapa generasi kini kebanyakan mereka adalah pencinta bola sepak atau peminat sukan secara umum.

Ini akan menjadikan permainan video FIFA pilihan yang tepat untuk dimainkan semasa Hari Bapa pada tahun ini.

2. Hogwards Legacy

Sejak permainan ini dilancarkan, ia tidak pernah mengecewakan hampir semua orang.

Sebagaimana kita ketahui, kebanyakan golongan Potterhead (peminat filem Harry Potter) sudah pun bergelar seorang bapa.

Maka, pencinta Harry Potter pastinya teruja jika dihadiahkan Legacy Hogwarts baharu kepada mereka.

3. Destiny 2 Lightfall (DCL)

Bagi golongan bapa yang lebih menggemari fiksyen sains dan permainan futuristik, tanpa ragu-ragu DLC boleh menjadi satu pilihan yang menarik untuk dihadiahkan.

Permainan video tersebut boleh dimainkan di PlayStation dan Xbox.

Ini adalah kemajuan dalam filem bertajuk Bungie yang popular di mana bagi kebanyakan orang ia adalah salah satu episod terbaik dalam siri DCL.

4. Elden Ring

Apa yang boleh dikatakan, watak dimainkan dalam permainan ini boleh menyebabkan anda jadi terdiam disebabkan kerumitannya.

Jika bapa anda sukakan permainan sedemikian, Elder Ring perlu ada dalam koleksi permainan videonya.

Sempena hari istimewa ini, ia merupakan hadiah yang tepat boleh diberikan kepada bapa anda. -GEAR RICE

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain