suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teruja tunggu PS5 Pro dilancarkan, khabarnya ramai gamers ‘berpeluh’ dapat tahu harga tak rasmi

PS5 Pro dijangka temui peminat pada penghujung 2023 atau 2024.

KHABAR angin tentang harga PlayStation 5 Pro yang mahal membuatkan para peminat di seluruh dunia 'berpeluh' menanti pengumuman rasmi.

Beberapa khabar angin mendakwa PS5 Pro akan dijual sekitar £600 (RM3,426) hingga £700 (RM3,997).

Dari segi kualiti serta visual, sudah tentu PS5 Pro bakal menawarkan pengalaman terbaik buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya.

Namun, ada sebilangan individu meluahkan rasa risau sekiranya ia akan dijual pada harga yang tinggi dan tidak masuk akal.

Menurut khabar angin lagi, PS5 Pro bakal dilancarkan pada 2024.

file7jh42ckqgmd1bajldefn

Permainan PlayStation mempunyai peminat di seluruh dunia.

Namun, terdapat laporan yang menyatakan kemungkinan ia bakal dilancarkan pada lewat tahun ini.

Menurut Red Gaming Tech, PS5 Pro akan dikuasakan oleh GPU AMD RDNA 3 dan CPU Zen 4, menjadikan konsol itu lebih pantas berbanding model asal.

ARTIKEL BERKAITAN: Popular tapi tak tenang... gamer wanita dedah sering terima ugutan rogol, gangguan lucah

Untuk rekod, model terdahulu PlayStation 5 (PS5) yang dibangunkan oleh Sony Interactive Entertainment dilancarkan pada 12 November 2020.

Ia mula dijual di Malaysia pada 11 Disember 2020 pada harga RM1,869 (PS5 Digital Edition) dan RM2,299 (PS5 Ultra HD Blu-ray).

Dalam pada itu, Konsol Xbox baharu turut menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan gamers ketika ini.

Menurut khabar angin, Microsoft akan melancarkan versi baharu Xbox Series X selepas Sony melancarkan PS5 Pro.

Namun, semua maklumat tersebut masih kekal misteri dan belum ada pengumuman rasmi dibuat tentang tarikh pelancaran serta harga konsol permainan popular itu. - Gaming Bible.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain