suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo belanja skuad Portugal nikmati makan malam

Ronaldo (berbaju hijau) bersama skuad Portugal ketika menikmati makan malam di restoran Tatel de Doha.

CRISTIANO Ronaldo dilaporkan membawa rakan-rakan sepasukan daripada skuad kebangsaan Portugal menikmati makan malam di sebuah restoran di Doha.

Pemain berusia 37 tahun itu terdahulu memainkan 'watak penting' dengan menjaringkan gol ketika aksi Portugal menentang Ghana, pada Khamis lalu.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan H pada Piala Dunia 2022 itu, Portugal membenam Ghana 3-2.

Sebagai penghargaan, jurulatih Portugal, Fernando Santos memberi mereka rehat daripada menyertai latihan dan Ronaldo mengambil kesempatan waktu terluang itu untuk membawa rakan sepasukannya menikmati makan malam.

Menurut laporan, Ronaldo membawa rakan sepasukannya ke restoran Tatel de Doha, yang mempunyai kaitan dengan bintang bola sepak tersebut.

Gambar Ronaldo bersama rakan sepasukannya yang mesra dan ceria meluangkan masa bersama-sama tular di media sosial. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain