suria

2 kali seri, penyokong risau England kalah! Gesa pecat jurulatih Southgate

Peminat mahu Gareth Southgate dipecat.

PEMINAT England menggesa agar jurulatih Gareth Southgate dipecat sebelum perlawanan menentang Wales di Piala Dunia 2022, lapor Daily Star.

Peminat Inggeris meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila England hanya mampu seri menentang Amerika Syarikat.

England mencatatkan keputusan 0-0 menerusi perlawanan keduanya dalam Kumpulan B Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor, Sabtu.

"Seorang peminat berkata 'seri dengan Amerika Syarikat itu memalukan. Southgate harus dipecat saat ini juga," lapor Daily Star.

Peluang England untuk mara ke babak Piala Dunia 2022 seterusnya dilihat sangat cerah kerana Harry Maguire dan rakan-rakan masih unggul dalam Kumpulan B dengan empat mata dari dua perlawanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Portugal nyaris seri dengan Ghana saat akhir, Ronaldo tegur penjaga gol muda selepas perlawanan

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, England bakal berdepan Wales di Stadium Ahmad bin Ali, Al Rayyan pada 29 November ini.

"Apakah Southgate boleh dipecat ketika kejohanan?" kata seorang lagi penyokong England di media sosial.

Selain itu, penyokong juga mengecam keputusan Southgate yang tidak menurunkan Phil Foden dan Trent Alexander-Arnold untuk menjadikan pemain lebih kreatif.

"Setiap orang yang menonton perlawanan dapat melihat bahawa Foden harus masuk menggantikan Mason Mount kecuali Southgate," kata penyokong England yang lain.

"Dia adalah alasan mengapa skuad England yang berbakat ini tak akan menang apa-apa sekali pun," dia mengkritik Southgate. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain