suria

Cristiano Ronaldo bengang pemain Ghana tiru gaya raikan gol 'Siu' miliknya

Ronaldo melihat dari kejauhan pemain Ghana meniru gayanya meraikan gol.

BINTANG Portugal berumur 37 tahun itu dilihat gembira selepas berjaya menjaringkan gol sepakan penalti untuk pasukannya dalam saingan Piala Dunia 2022.

Portugal pada mulanya diperhatikan mara dengan selesa dalam perlawanan menentang Ghana melalui kelebihan dua gol yang dicetak Joao Felix dan Rafael Leao.

Pasukan Portugal berada di hadapan dengan keputusan semasa 3-1 berpihak kepada mereka.

Namun begitu, perlawanan tersebut ternyata tidak akan berakhir semudah itu apabila pemain Ghana, Bakari meledak gol dari dalam kawasan penalti Portugal sekaligus merapatkan jurang.

Gol di saat genting pada masa tambahan membuatkan ramai penyokong Portugal berdebar tentang sama ada perlawanan itu akan berakhir dengan keputusan diikat.

Tidak cukup dengan gol yang mengancam tiga mata penuh milik Portugal, Bakari seterusnya berlari ke bendera sepakan penjuru dan meniru gaya sambutan gol 'Siu' milik Ronaldo.

Ronaldo yang pada ketika itu berada di bangku simpanan setelah ditukar dengan pemain gantian dilihat melenting dan mengangkat tangannya tanda kecewa.

Perlawanan itu berjaya ditutup tirai dengan keputusan tipis 3-2 menjadikan kemenangan milik Portugal.

Portugal pada masa ini mengungguli kumpulan H di tempat pertama manakala pasukan lain iaitu Korea Selatan dan Uruguay masih belum memulakan kempen mereka.

Beberapa pelayar di Twitter merasakan keberanian Bakari untuk meniru gaya sambutan Ronaldo di hadapan ayam tambatan Portugal itu sendiri sebagai melucukan.

"Permainan separuh masa kedua yang sangat menarik. Sangat terkejut melihat sambutan gol Bakari dan reaksi Ronaldo.

"Pemain Ghana memang muka tebal untuk buat sambutan gol macam itu depan Ronaldo sementara dia ada di bangku simpanan. Memang kelakar," kata warga maya. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain