suria

Siapa dibayar paling mahal? Ini senarai gaji 32 jurulatih pasukan Piala Dunia 2022

Jurulatih pasukan Jerman, Hansi Flick menerima bayaran tertinggi. -Foto AFP

PIALA Dunia 2022 di Qatar bukan hanya menjadi tempat berkumpulnya pemain-pemain terbaik seluruh negara, tetapi juga menjadi tempat untuk jurulatih menguji kehebatan pasukan masing-masing.

Sebanyak 32 pasukan bersaing dalam edisi Piala Dunia kali ini yang bermula pada 20 November hingga 18 Disember 2022.

Memetik Totalsportal, Hansi Flick menjadi jurulatih pasukan kebangsaan dengan bayaran tertinggi di Piala Dunia 2022.

Jurulatih Jerman itu dibayar £5 juta setahun atau sekitar RM23 juta.

Bagaimana pula dengan gaji yang diterima jurulatih pasukan lain yang beraksi dalam Piala Dunia 2022?

Berikut senarai lengkap gaji jurulatih 32 pasukan yang beraksi:

brazilBrazil membayar gaji Tite sebanyak £4 juta (RM21 juta). -foto AP

Hans-Dieter Flick (Jerman): £5 juta (RM27 juta)

Tite (Brazil): £4 juta (RM21 juta)

Didier Deschamps (Perancis): £3.5 juta (RM19 juta)

Gareth Southgate (England): £3.3 juta (RM18 juta)

Luis Enrique (Sepanyol): £3 juta (RM16 juta)

Roberto Martinez (Belgium): £3 juta (RM16 juta)

Louis Van Gaal (Netherlands): £2.7 juta (RM14.7 juta)

Murat Yakin (Switzerland): £2.5 juta (RM13.5 juta)

Felix Sanchez (Qatar): £2.5 juta (RM13.5 juta)

Gregg Berhalter (USA): £2.2 juta (RM12 juta)

Herve Renard (Arab Saudi): £2 juta (RM10 juta)

Fernando Santos (Portugal): £2 juta (RM10 juta)

Graham Arnold (Australia): £1.5 juta (RM8.5 juta)

Carlos Queiroz (Iran): £1.5 juta (RM8.5 juta)

Lionel Scaloni (Argentina): £1.5 juta (RM8.5 juta)

Gerardo Martino (Mexico): £1.25 juta (RM6.7 juta)

Rob Page (Wales): £1.2 juta (RM6.2 juta)

Kasper Hjulmand (Denmark): £1.2 juta (RM6.2 juta)

John Herdman (Kanada): £1.1 juta (RM5.9 juta)

Hajime Moriyasu (Jepun): £1 juta (RM5.4 juta)

Diego Alonso (Uruguay): £1 juta (RM5.4 juta)

Zlatko Dalic (Croatia): £700,000 (RM3.7 juta)

jepun

Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu. -foto AP

Walid Regragui (Morocco): £650,000 (RM3.5 juta)

Gustavo Alfaro (Ekuador): £550,000 (RM2.9 juta)

Paulo Bento (Korea Selatan): £500,000 (RM2.7 juta)

Czeslaw Michniewicz (Poland): £500,000 (RM2.7 juta)

Dragan Stojkovic (Serbia): £475,000 (RM2.5 juta)

Luis Fernando Suarez (Costa Rica): £475,000 (RM2.5 juta)

Rigobert Song (Cameroon): £350,000 (RM1.89 juta)

Otto Addo (Ghana): £300,000 (RM1.62 juta)

Jalel Kadri (Tunisia): £300,000 (RM1.62 juta)

Aliou Cisse (Senegal): £275,000 (RM1.48 juta)

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain