suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Dunia 2022: Pemain Iran ditahan ketika sesi latihan kerana hina skuad kebangsaan, kritik kerajaan

Ghafouri ditahan ketika sedang menjalani sesi latihan. Foto: Getty Images

SEORANG pemain bola sepak Iran ditahan semasa sesi latihan selepas dia didakwa menghina skuad kebangsaan dan mengkritik kerajaan negaranya di tengah-tengah aksi Piala Dunia 2022.

Voria Ghafouri, 35, telah ditahan oleh pasukan keselamatan pada Khamis (24 November) ketika berada di pangkalan kelabnya, Foolad Khuzestan.

Dia dituduh 'mencemarkan nama baik pasukan kebangsaan dan menyebarkan propaganda terhadap negara'.

Agensi berita melaporkan Ghafouri ditahan kerana menghina pasukannya, yang kini bermain di Piala Dunia dan tewas 6-2 di tangan England dalam aksi pembukaan, baru-baru ini.

Ghafouri, yang tidak tersenarai dalam skuad Iran di Piala Dunia 2022, menjadi salah satu pengritik keras rezim Teheran sepanjang kariernya sebagai prmsin bola sepak profesional. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain