suria

Ronaldo akan lebih dihargai jika bersama Arsenal - Piers Morgan

Piers Morgan mahu melihat Ronaldo bersama skuad Arsenal.

PERSONALITI media yang juga hos televisyen, Piers Morgan secara terbuka mendedahkan dia akan mendapatkan khidmat bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo ke dalam skuad Arsenal jika dirinya merupakan pengurus The Gunners.

Dalam satu temu bual bersama talkSPORT pada Isnin, Morgan percaya bintang Portugal itu tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya di Old Trafford.

"Adakah anda tahu apa yang saya akan lakukan jika saya menjadi pengurus Arsenal? Saya akan masuk, dapatkan Cristiano Ronaldo dan letakkan dia di hadapan. Saya sudah bersembang dengannya (Ronaldo) minggu lepas. Saya kata 'marilah ke Arsenal'.

Morgan berkata United mempunyai pemain yang lebih berbakat dan jauh lebih berpengalaman, tetapi mereka tidak mempunyai sikap yang betul.

"Sikap mereka sangat mengejutkan. Apa sahaja yang berlaku dalam kelab itu... jika mereka tidak mempunyai Ronaldo dalam pasukan, mereka tidak akan menang," katanya.

Morgan terus menegaskan bahawa Ronaldo akan lebih dihargai dalam skuad Arsenal. - Givemesport

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain