suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hope Solo ditahan memandu dalam keadaan mabuk, bahayakan nyawa anak kembar

Hope Solo ditahan pada Khamis lalu.

BEKAS penjaga gol pasukan bola sepak Amerika Syarikat ditahan kerana didakwa memandu dalam keadaan mabuk, ketika anak kembarnya yang berusia dua tahun turut berada di dalam kenderaan yang dipandunya.

Hope Solo, pemenang pingat emas Olimpik dua kali, ditahan di tempat letak kereta Walmart, Carolina Utara, pada Khamis, lapor TMZ.

Hope, 40, didakwa atas pertuduhan salah laku, penderaan kanak-kanak dan menentang penangkapan, menurut media itu.

Hope menyiarkan kenyataan daripada peguamnya, Rich Nichols, di Instagram pada petang Jumaat.

"Atas nasihat peguam, Hope tidak boleh bercakap tentang situasi ini, tetapi dia mahu semua orang tahu bahawa anak-anaknya adalah hidupnya. Dia dibebaskan serta-merta dan kini berada di rumah bersama keluarganya," kata Nichols.

Untuk rekod, Hope pernah ditahan sebelum ini, termasuk pada 2014 kerana mengancam seorang pegawai polis. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain