suria

Mbappe laris jadi rebutan, kelab mana akan jadi pilihan?

Mbappe merupakan salah seorang pemain bola sepak muda terbaik pada masa ini. Foto: Getty.

KYLIAN Mbappe dipercayai akan meninggalkan Paris Saint Germain (PSG) apabila kontraknya tamat pada musim panas ini.

Dikatakan Real Madrid telah membuka pintu untuk pemain itu, tetapi Barcelona juga mahu mendapatkan khidmatnya.

Mbappe merupakan salah seorang pemain bola sepak muda terbaik pada masa ini.

Baru berusia 23 tahun, Mbappe telah menakluki Liga Perancis dan memenangi Piala Dunia serta Liga Negara-Negara UEFA bersama pasukan kebangsaan Perancis.

Mbappe telah menolak sambungan kontrak bersama PSG walaupun ditawarkan gaji yang tinggi.

Mbappe dikhabarkan akan memulakan perjalanan baharu di luar Perancis.

Kelab-kelab terkemuka sedang beratur untuk mendapatkannya dan Real Madrid kini berada di barisan hadapan dalam perebutan itu.

Sejak dua musim lalu, Real Madrid lantang bersuara tentang usaha mendapatkan Mbappe.

Dalam pada itu, presiden Barcelona Joan Laporta turut berminat untuk mendapatkan Mbappe.

Laporta mahu Mbappe menyertai Camp Nou dan membina semula kegemilangan Blaugrana. - Sport.Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain