suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United sedia lepaskan Harry Maguire?

Maguire dikhabarkan merupakan salah seorang daripada lima pemain yang bersedia untuk dilepaskan oleh Ralf Rangnick. Foto: Reuters

MANCHESTER United dilaporkan sedia menjual kapten kelab mereka, Harry Maguire selepas melalui musim yang sukar.

Pemain berusia 29 tahun itu dilaporkan mempamerkan prestasi buruk dan khabar bertiup mengatakan keretakan hubungannya dengan Cristiano Ronaldo turut menjadi perpecahan perpaduan dalam skuad Red Devils.

Laporan akhbar Sepanyol mendakwa bahawa Maguire adalah salah seorang daripada lima pemain yang bersedia untuk dilepaskan oleh Ralf Rangnick pada musim panas ini.

United seolah-olah akur bahawa Maguire tidak akan pernah mampu menepati tanda harga £80 juta (RM44 juta) yang dibayar kelab itu pada musim panas 2019 kepada Leicester yang menjadikan dia bek tengah termahal di dunia.

Maguire terus menerima kritikan pada musim ini dengan beberapa aksi pertahanan yang lemah dan meletakkan pasukannya dalam risiko dalam setiap perlawanan. - Sportsmole.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain