suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Tammy Abraham rempuh kereta, beberapa minggu selepas disaman pandu laju

Tammy Abraham (gambar fail) terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke pusat latihan. foto Reuters

PEMAIN AS Roma, Tammy Abraham yang memandu kereta Porsche Cayenne miliknya dilaporkan merempuh sebuah kereta lain dalam perjalanan ke pusat latihan, pada Isnin.

Ketika kejadian, penyerang itu dilaporkan melanggar sebuah kereta kecil.

Abraham kemudian memeriksa keadaan wanita di dalam kereta yang dilanggar.

Dilaporkan kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan, tanpa memerlukan campur tangan polis.

Sebagaimana yang dilaporkan La Gazzetta dello Sport, kejadian itu berlaku kurang dua bulan selepas bekas penyerang Chelsea itu didenda £660 (RM3,713) kerana memandu laju di Putney, barat London di United Kingdom.

Abraham memandu Lamborghini hitam miliknya melebihi dua kali ganda had laju 20 batu sejam, pada November.

Susulan kejadian itu, dia disaman oleh pihak polis. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain