suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hamilton ‘unfollow’ semua di Instagram selepas gagal juara F1

Lewis Hamilton bertindak 'unfollow' semua orang di laman Instagramnnya. gambar fail Reuters

BINTANG F1, Lewis Hamilton secara mendadak 'unfollow' semua orang di laman Instagram susulan gelaran 2021 dimenangi oleh Max Verstappen.

Pelumba Mercedes itu dinafikan kejuaraan kelima berturut-turut apabila Verstappen memintasnya pada pusingan terakhir perlumbaan penentuan di Abu Dhabi.

Campur tangan daripada kereta keselamatan itu membolehkan pemandu Belanda melakukan pit dan apabila perlumbaan disambung Hamilton, tayarnya yang haus tidak berdaya untuk menghalang saingan kejuaraannya daripada memintasnya.

Verstappen dibenarkan berada di belakang Hamilton apabila memasuki pusingan ke-58 dan terakhir Grand Prix dan segera memintas pelumba Britain itu di selekoh.

Hamilton masih menyepikan diri di media sosial selepas perlumbaan tetapi mengucapkan tahniah kepada Verstappen yang berjaya melintas bendera penamat.

Mempunyai 26.3 juta pengikut di laman Instagram, Hamilton memutuskan untuk 'unfollow' semua dalam ruangan 'folllowing' yang kini menunjukkan angka 0. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain