suria

Bintang Real Madrid kerap mesej Mbappe - "Bro, jomlah main bersama..."

KYLIAN Mbappe sering mendapat mesej teks daripada salah seorang bintang Real Madrid supaya berhijrah ke Santiago Bernabeu. — AGENSI.

PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema dilaporkan bersungguh-sungguh memujuk bintang muda Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe supaya berhijrah ke Santiago Bernabeu.

Menurut laporan agensi berita Sepanyol, AS, Benzema dikatakan sering menghantar mesej teks kepada Mbappe untuk memujuknya menyertai kelab gergasi tersebut.

Sekiranya Mbappe berpindah ke Real Madrid, dia akan membentuk gandingan bersama Benzema, seperti mana jentera depan skuad antarabangsa Perancis.

Mbappe dikaitkan dengan perpindahan keluar dari PSG berikutan kontraknya yang bakal tamat pada tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Klopp siap hubungi bapa Mbappe nak pujuk anaknya ke Anfield

ARTIKEL BERKAITAN: Desas-desus destinasi baharu Mbappe, ini respons Pochettino yang mula terbayang peritnya kehilangan

Bagaimanapun, PSG tetap dengan pendirian mereka untuk memastikan Mbappe kekal di Le Parc des Princes termasuk cuba menawarkan kontrak lanjutan yang masih dipandang sepi oleh Mbappe.

Real Madrid ketika ini dikhabarkan akan melancarkan bidaan sebanyak 145 juta pound (RM837.12 juta) untuk mendapatkan Mbappe pada jendela perpindahan musim ini.

Los Blancos juga dilaporkan memaklumkan kepada Mbappe agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kemarahan pengurusan PSG dan presiden kelab terbabit, Nasser al-Khelaifi termasuk memohon borang pertukaran kelab.

Sebelum ini, PSG dilihat enggan melepaskan pemain bintang kelab itu sekiranya mereka sendiri meminta untuk dilepaskan kelab.

Contohnya, beberapa pemain seperti Neymar, Marco Verratti dan Adrien Rabiot merupakan antara yang dinafikan permintaan mereka untuk berhijrah ke kelab lain sebelum ini.

Ketika sesi pengenalan pemain bintang baharu kelab itu, Lionel Messi baru-baru ini, al-Khelaifi turut menegaskan bahawa Mbappe tidak akan dijual dan tiada alasan untuk dia meninggalkan PSG.

Bagaimanapun, kenyataan itu mengundang kemarahan Mbappe, sekali gus mencetuskan petanda positif buat Los Blancos yang kini berpeluang untuk mendapatkan khidmatnya lebih awal sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos.

Meskipun dibelenggu khabar angin perpindahan ke Real Madrid, Mbappe dilihat masih meneruskan prestasi baik dalam Liga Perancis (Ligue 1) apabila menyumbat satu gol dan dua bantuan hantaran (assist) dalam tiga aksi domestik setakat ini. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Mbappe, Real Madrid

Artikel Lain