suria

Klopp siap hubungi bapa Mbappe nak pujuk anaknya ke Anfield

LIVERPOOL mahu mendapatkan Mbappe bagi menggantikan Mane yang bergelut untuk mempamer prestasi terbaik musim lalu. — AGENSI.

LIVERPOOL dilaporkan mahu mendapatkan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe secara percuma apabila kontraknya bersama gergasi Perancis itu tamat akhir musim ini.

Menurut laporan Le10sport, pengurus The Reds, Jurgen Klopp sudah menghubungi bapa yang juga ejen pemain itu, Wilfred Mbappe bagi membincangkan perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan sampai Liverpool hilang taji

ARTIKEL BERKAITAN: Legenda Liverpool tempelak perpindahan Varane ke Manchester United

Walaupun berminat untuk segera mendapatkan tandatangan penyerang antarabangsa Perancis itu secepat mungkin, The Reds sukar untuk membawanya ke Anfield pada musim ini kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi.

PSG sebelum ini berkali-kali mengatakan bahawa mereka tidak mahu menjual bintang Perancis itu pada musim panas ini walaupun kontraknya hanya berbaki semusim lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ini bermakna Liverpool mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan Mbappe secara percuma pada musim panas akan datang.

Liverpool dilaporkan sedang aktif mencari pengganti kepada penyerang kelahiran Senegal, Sadio Mane yang mengalami musim tidak memberangsangkan pada musim lalu apabila hanya mencetak 11 gol dalam 35 penampilan liga berbanding 18 gol pada musim sebelumnya.

Sabtu ini, Liverpool akan melayan kunjungan Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain