suria

Dulu kawan kini lawan... Abraham, Tomori bersemuka semula di Serie A

Abraham (kiri) dan Tomori ketika beraksi bersama-sama dalam pasukan remaja Chelsea.

TAMMY Abraham baru sahaja memuktamadkan perpindahannya ke AS Roma dengan nilai 40 juta euro (RM198.69 juta) tetapi dia bakal berdepan cabaran besar di Serie A termasuklah 'menentang' rakan baiknya sendiri iaitu Fikayo Tomori.

Abraham dan Tomori merupakan rakan sepasukan di Chelsea sejak beraksi di peringkat remaja lagi.

Malahan, mereka berdua pernah membawa Chelsea menjuarai kejohanan UEFA Youth League pada musim 2014/2015 dan 2015/2016.

ARTIKEL BERKAITAN: Lukaku nekad tambah luka Arsenal, jadi pilihan utama Tuchel berbanding seorang lagi penyerang Chelsea

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat khidmat Lukaku, Chelsea lepaskan penyerang muda ke Roma

Tomori lebih awal dilepaskan oleh Chelsea pada jendela perpindahan kali ini ke AC Milan selepas mempamerkan prestasi cemerlang sewaktu dipinjamkan ke Rossoneri musim lalu.

Sejurus Abraham memeterai perjanjian dengan Roma, Tomori mengalu-alukan kedatangan sahabatnya itu di Instagram dengan memuat naik foto mereka berdua sambil memegang trofi.

Pertembungan antara kedua-dua pemain bakal disaksikan ketika Roma melayan kunjungan AC Milan di Stadium Olimpico pada 31 Oktober nanti, apatah lagi Abraham bermain di posisi penyerang manakala Tomori di bahagian pertahanan.

Masa depan Abraham di Chelsea sebelum ini menjadi tanda tanya selepas pasukan yang berpangkalan di London itu membeli semula penyerang berbisa Belgium, Romelu Lukaku dengan nilai perpindahan kira-kira 115 juta euro (RM571.24 juta) dari Inter Milan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Chelsea turut meletakkan klausa pembelian semula kepada Abraham bernilai kira-kira 80 juta euro (RM397.39 juta).

Pengurus Roma, Jose Mourinho dijangka menyenaraikan Abraham sebagai penyerang utama pasukan itu pada perlawanan pertama Serie A menentang Fiorentina, selepas Edin Dzeko berhijrah ke Inter Milan. - Detik.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Chelsea, Abraham, Tomori

Artikel Berikut

Artikel Lain