suria

Spekulasi hangat bakal tinggalkan Juventus, ini lima destinasi baharu yang mungkin jadi pilihan Ronaldo

HALA tuju dan masa depan Ronaldo masih lagi jadi tanda tanya peminat bola sepak seantero dunia.— AGENSI.

DUNIA bola sepak sudah lama dihidangkan dengan pesona dua bintang hebat, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo selama lebih satu dekad lamanya.

Ketika Messi sudah pun selamat menyertai Paris Saint-Germain (PSG), timbul persoalan dalam kalangan peminat bola sepak mengenai hala tuju Ronaldo terutamanya apabila cuma berbaki kontrak 12 bulan saja lagi bersama Juventus.

Ketika ini, Ronaldo dijangka dijual Bianconeri sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos bagi mengelak kehilangan penyerang berbisa itu secara percuma musim depan memandangkan tiada sebarang petanda Ronaldo akan memilih untuk kekal di Stadium Allianz.

Berdasarkan laporan Mirror Football, berikut merupakan lima pasukan yang berpotensi besar menjadi destinasi baharu Ronaldo selepas ini.

MANCHESTER UNITED

Ronaldo memenangi Ballon D’Or ketika menyarung jersi The Red Devils, kelab yang menjadi platform perkenalan buat dirinya dalam arena bola sepak global.

Adalah menjadi sesuatu yang sempurna jika Ronaldo mahu mengakhiri kariernya di United.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyampah betul Barcelona dengan Coutinho

PSG

Gergasi ini sudah menemukan semula dua ‘musuh’ antara Messi dan bekas pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos.

Jika Ronaldo turut serta, ia bukanlah sesuatu yang menjadi persoalan ketika masa depan seorang lagi bintang PSG, Kylian Mbappe masih lagi belum dapat dipastikan.

REAL MADRID

Ronaldo meninggalkan kelab ini selepas menyumbangkan peranan yang cukup besar.

Kecederaan Eden Hazard mungkin tidak membolehkan pemain ini memikul tanggungjawab selaku jersi no 7 dan satu-satunya yang lebih layak adalah siapa lagi kalau bukan Ronaldo yang mula-mula membina karakter dan impak sedemikian semasa bersama The Galacticos sebelum ini.

SPORTING LISBON

Presiden Sporting Lisbon, Frederico Varandas sudah mengatakan Ronaldo akan kembali ke kelab itu pada suatu hari nanti selepas khidmatnya di Juventus berakhir.

Kepulangan semula Ronaldo kepada pasukan yang mula-mula membina kariernya hingga memenangi Ballon D’Or juga pastinya menjadi pengakhiran yang sempurna dalam kariernya.

LA GALAXY

Satu lagi destinasi yang berpotensi untuk dituju Ronaldo sebelum bersara. Sebelum ini, David Beckham yang tiba di La Galaxy dari Real Madrid telah meninggalkan satu legasi secara keseluruhan di pentas saingan Liga Amerika Syarikat (MSL).

Jika ia berjaya menjadi realisasi, ia pastinya akan meletakkan MLS sebagai antara liga berprestij dalam peta bola sepak global.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

cristiano ronaldo, Juventus, PSG

Artikel Lain