suria

Aubameyang enggan beri harapan palsu buat Barcelona, takkan tinggalkan Arsenal melainkan....

AUBAMEYANG kini berada dalam radar Barcelona untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Messi. — AGENSI.

MESKIPUN berdepan masalah kewangan, Barcelona dilaporkan sedang mengintai kapten pasukan Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Lionel Messi.

Selain Aubameyang, The Catalan juga sedang mengintai seorang lagi pemain yang juga merupakan rakan seperjuangan Aubameyang di The Gunners iaitu Alexandre Lacazette, lapor Football.London.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat khidmat Lukaku, Chelsea lepaskan penyerang muda ke Roma

Kedua-dua tonggak utama Arsenal itu sebelum ini terlepas aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ditumpaskan pasukan yang baru dinaikkan pangkat, Brentford minggu lalu kerana kecederaan.

Begitupun, Aubameyang menegaskan bahawa berpindah ke Barcelona tidak pernah ada dalam perancangannya. Ini kerana, dia hanya mempunyai impian untuk menyertai Real Madrid.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, pemain itu pernah menyatakan bahawa dia hanya akan meninggalkan Arsenal jika Los Blancos menawarkan peluang untuk berhijrah ke kota Madrid.

"Salah satu kelab yang saya impikan adalah Real Madrid. Tidak ada kelab lain yang terlintas di fikiran selain pasukan itu," katanya.

Aubameyang yang gagal mempamerkan sentuhan sebenar sepanjang musim lepas sebelum ini telah memilih untuk kekal bersama Arsenal selepas menandatangani perjanjian baharu pada bulan September tahun lalu.

Dalam pada itu, Barcelona juga dilaporkan mahu melepaskan seorang lagi penyerangnya, Martin Braithwaite di sebalik kecemerlangan penyerang antarabangsa Denmark itu meledak gol berganda ketika membenam Real Sociedad 4-2 dalam aksi Liga Sepanyol (La Liga) pada malam Ahad.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

ayumbeyang, arsenal, barcelona, messi

Artikel Lain