suria

"Kane harus siap sedia.." Pengurus Spurs beri bayangan masa depan Kane

KANE disisihkan daripada skuad Spurs ketika menjinakkan Man.City 1-0 semalam. — AP

PENGENDALI Tottenham Hotspur (Spurs), Nuno Espirito Santo memberi bayangan bahawa penyerang Harry Kane akan kekal di London selepas menjinakkan Manchester City 1-0 dalam aksi pembuka tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

Kane disisihkan Nuno dalam aksi itu setelah kembali menjalani latihan bersama Spurs Jumaat lalu, sekali gus menguatkan lagi spekulasi perpindahannya yang disebut-sebut bakal berhijrah ke Stadium Etihad sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak puas hati? Boleh bawa ke mahkamah” - Guardiola sound Klopp

ARTIKEL BERKAITAN: Kane bikin Nuno pening kepala

Namun, Nuno menjelaskan Kane sebenarnya sedang bersiap sedia untuk kembali bersama skuad Spurs menjelang aksi akan datang.

"Harry adalah salah seorang pemain terbaik di dunia, jadi kami sangat beruntung memilikinya.

"Beliau harus bersiap sedia dan membantu pasukan. Kami harus pergi ke Portugal untuk aksi Liga Europa menentang Pacos Ferreira (Jumaat) dan kemudiannya kami akan memikirkan tentang Wolves (Ahad).

“Harry berlatih pagi ini, sedang menyiapkan dirinya dan apabila sudah bersedia, dia akan kembali menyertai dan membantu pasukan,” kata Nuno.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

City sebelum ini dikatakan bersedia membayar 127 juta pound (RM746 juta) bagi mendapatkan tandatangan kapten England itu namun ditolak mentah-mentah oleh Spurs.

Menurut laporan Sunday Times, pemain berusia 28 tahun itu semakin pasti untuk kekal di Stadium Tottenham Hotspur musim ini, dan situasi itu akan dinilai kembali selepas tamat kempen 2021/22. - Guardian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain