suria

"Kami tidak beraksi dengan baik, gagal sudahi peluang"... Guardiola akur kalah dengan Spurs

Pep Guardiola mengakui anak buahnya gagal mempamerkan aksi terbaik ketika tewas kepada Tottenham Hotspurs dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris.- Michael Regan/Getty Images

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui anak buahnya gagal mempamerkan aksi terbaik ketika tewas 1-0 pada aksi pembukaan menentang Tottenham Hotspurs.

Jaringan kemenangan Tottenham dihasilkan Son Heung-min pada separuh masa kedua.

Di awal permainan, anak buah Guardiola mempunyai beberapa peluang keemasan namun gagal disudahkan dengan baik.

ARTIKLE BERKAITAN: Catat rekod lagi! Azizulhasni harap kejayaannya jadi inspirasi buat atlet, masyarakat

ARTIKLE BERKAITAN: Legenda Jerman, Bayern Munich Muller meninggal dunia

Keputusan ini merupakan kekalahan kedua City selepas tewas kepada Leicester City dalam perebutan Piala Perisai Komuniti.

Bercakap selepas perlawanan, Guardiola berkata anak buahnya bergelut untuk mengekang serangan balas Tottenham.

"Kita bermula dengan baik sekali. Kita ada masalah dalam mengawal pergerakan bola dan jelas kita tidak cukup baik," katanya kepada Sky Sports.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurutnya, di sebalik keinginan untuk mencipta banyak peluang, anak buahnya gagal dalam melakukan penyudah dengan baik dan ia menyumbang kepada kekalahan ini.

"Kita kehilangan bola, mereka bergerak ke bahagian belakang. Lucas Moura mempunyai kualiti dalam gerakan bersama bola. Ini berlaku kerana kita tidak dapat melaksanakan perkara mudah," tambahnya.

Menurutnya Guardiola, anak buahnya memerlukan masa untuk mengembalikan semula fokus mereka.

"Kita masih berada di peringkat permulaan musim jadi kita perlu mula menang. Ada 37 lagi perlawanan. Musim masih panjang.

"Kita perbaiki kesilapan dan kita akan kembali dengan lebih baik," katanya.

Mengulas mengenai Jack Grealish, Guardiola berkata beliau merupakan seorang pemain yang amat berbahaya ketika berada di kawasan berhampiran kotak penalti.

"Ia merupakan perlawanan pertama yang menakjubkan. Dia sangat penting buat kami dan saya ingin mengucapkan tahniah kepadanya kerana kekal berusaha sehingga ke hujung perlawanan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain