suria

Catat rekod lagi! Azizulhasni harap kejayaannya jadi inspirasi buat atlet, masyarakat

AZIZULHASNI meraih pingat perak dalam acara keirin pada Olimpik Tokyo baru-baru ini.— SHAARI CHEMAT/The Star

JAGUH basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berharap kejayaannya memahat nama sekali lagi dalam Malaysia Book of Records (MBR) dapat menjadi pembakar semangat kepada atlet lain untuk mencapai

Pemenang pingat perak acara keirin pada Olimpik Tokyo itu semalam dianugerahkan dengan satu lagi catatan di dalam MBR selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik.

Penghargaan tersebut merupakan yang ketiga dalam kerjaya beliau selepas direkodkan sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi gangsa dalam Sukan Olimpik di Olimpik Rio 2016 dan warga Malaysia pertama memenangi emas dalam acara berbasikal trek Kejohanan Dunia 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Velodrom Datuk Azizulhasni Awang boleh beri inspirasi kepada generasi baru

ARTIKEL BERKAITAN: Sempena Jumaat yang penuh barakah, al-Quran rahsia Azizulhasni kekal tenang setiap kali menjelang perlumbaan - “Seolah-olah berada dalam dimensi berbeza”

Pelumba yang mendapat jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu berkata penghargaan tersebut bakal menjadi lonjakan semangat untuk berusaha lebih lagi bagi perlumbaan akan datang.

"Saya harap ia dapat dijadikan inspirasi buat atlet di Malaysia dan masyarakat di luar sana.

"Saya sangat gembira dengan penghormatan ini dan ini saya memerlukan kerja lebih keras untuk mendapatkan satu lagi pingat dalam tiga tahun seterusnya, dalam (Olimpik) Paris 2024," kata atlet 33 tahun yang berasal dari Dungun itu.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBR Christopher Wong dalam siaran langsung itu dengan menunjukkan satu sijil penghargaan sebagai simbolik penyampaian anugerah berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya memohon maaf kerana perlu memaklumkan jika anda mahukan satu lagi rekod daripada MBR anda perlu mendapatkan emas itu,” kata Wong.

Sementara itu, Pengasas MBR Tan Sri Danny Ooi berkata Azizulhasni berhak ke atas penghargaan itu berdasarkan pencapaian cemerlangnya.

“Saya ucapkan tahniah atas dua perkara, satu ialah gelaran ‘Datuk’ yang diterima dan lagi satu kerana memenangi pingat perak di Tokyo, itulah sinar yang anda bawa kepada rakyat Malaysia pada hari itu,” katanya.

Dengan pingat perak yang berjaya diraih di Izu Velodrom baru-baru ini, Azizulhasni merupakan atlet berbasikal trek negara paling berjaya - memenangi sebutir perak dan satu gangsa dalam empat kemunculan berturut-turut di Olimpik sejak edisi Beijing 2008.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain