suria

Legenda Jerman, Bayern Munich Muller meninggal dunia

Müller merupakan pemenang Ballon d'Or 1970 dan penjaring terbanyak Bundesliga dengan 365 gol. - AGENSI

DUNIA bola sepak hari ini dikejutkan dengan pemergian legenda bola sepak Jerman dan Bayern Munich, Gerd Muller pada usia 75.

Penyerang yang mendapat gelaran 'Der Bomber' itu disahkan menghidap penyakit Alzheimer pada tahun 2015 dan telah tinggal di rumah penjagaan khusus sejak sekian lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Jaring gol ke-41, Lewandowski pecah rekod Muller

“Hari ini merupakan detik hitam yang menyedihkan bagi FC Bayern dan semua peminatnya. Gerd Muller adalah penyerang terhebat yang pernah ada - dan insan yang baik, seorang personaliti dalam dunia bola sepak.

"Kami bersatu dalam kesedihan yang mendalam dengan isterinya Uschi dan keluarganya. Tanpa Gerd Müller, FC Bayern tidak akan menjadi kelab yang kita semua cintai pada hari ini. Nama dan memori bersamanya akan kekal selamanya,” kata Presiden Bayern Munich, Herbert Hainer dalam satu kenyataan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga legenda Jerman, Oliver Kahn turut berdukacita atas pemergian pemenang Ballon d’Or 1970 itu.

"Berita kematian Gerd Müller sangat menyedihkan kita semua. Beliau adalah salah seorang legenda terhebat dalam sejarah FC Bayern, pencapaiannya tidak ada tandingannya hingga ke hari ini dan selamanya akan menjadi sebahagian daripada sejarah hebat FC Bayern dan seluruh bola sepak Jerman.

"Sebagai pemain dan individu, Gerd Müller sentiasa bersama FC Bayern sehingga berkembang menjadi salah sebuah kelab terbesar di dunia seperti yang lain. Gerd akan sentiasa berada di dalam hati kita,” kata Oliver.

Muller pernah memenangi Kejuaraan EURO 1972, Piala Dunia 1974, Piala Kelab Dunia, empat gelaran Bundesliga, empat Piala Jerman dan tiga Piala Eropah dalam kariernya.

Beliau juga merupakan penjaring terbanyak Bundesliga dengan 365 gol.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain