suria

Desas-desus destinasi baharu Mbappe, ini respons Pochettino yang mula terbayang peritnya kehilangan

MBAPPE telah 'diboo' peminat PSG rentetan disebut-sebut bakal meninggalkan kelab Perancis itu sebelum tarikh akhir jendela perpindahan pemain pada 31 Ogos. — AGENSI.

PRESTASI cemerlang yang dipamerkan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe berjaya menutup segala cemuhan peminat termasuk meledak gol ketika menewaskan RC Strasbourg 4-2 dalam aksi Liga Perancis (Ligue 1) awal pagi semalam.

Pengendali PSG, Mauricio Pochettino amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Mbappe yang berjaya mencetak gol pada minit ke-25 dalam pertemuan itu, lapor Goal Live.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak puas hati? Boleh bawa ke mahkamah” - Guardiola sound Klopp

Jelas Pochettino, meskipun 'diboo' peminat rentetan isu perpindahannya ke Real Madrid dan Liverpool, Mbappe dilihat tidak terkesan dan tetap berjaya memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan berkenaan.

"Kejayaan ini adalah permulaan yang baik untuk PSG. Mbappe sangat fokus dan menumpukan sepenuh perhatian kepada permainan.

"Malah, ejekan yang diberikan peminat semasa nama Mbappe diumumkan sebelum sepak mula juga tidak lagi kedengaran semasa permainan berlangsung.

"Mereka juga kembali bersorak memberi sokongan kepadanya selepas itu. Dengan prestasi yang ditunjukkan, Mbappe perlu kekal pada landasan ini dan konsisten dalam setiap perlawanan yang akan datang. Kami pasti akan merindui saat-saat seperti ini," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Pochettino, sorakan penyokong merupakan pembakar semangat buat pemain untuk memberikan yang terbaik, selain amat berpuas hati dengan prestasi muka-muka baharu PSG dalam perlawanan itu.

Merehatkan bintang terbaru mereka, Lionel Messi awal pagi semalam, Pochettino menjelaskan, pihaknya perlu melakukan persediaan rapi untuk mempersiapkan semua pemain secara berperingkat bagi mengurangkan risiko dalam pelbagai aspek.

Sementara itu, Real Madrid dilaporkan telah menstruktur semula gaji keseluruhan pemain sebagai persediaan menerima kehadiran Mbappe sebelum tarikh akhir perpindahan pemain pada 31 Ogos.

Antara tindakan segera The Galacticos termasuklah menjual Raphael Varane ke Manchester United, selain sedang berkira-kira untuk menjual Martin Odegaard secara tetap kepada Arsenal.

Kehadiran Messi ke PSG juga menguatkan lagi khabar angin Mbappe kini dilaporkan sedang berura-ura mencari destinasi baharu termasuk Liverpool namun berbanding Real Madrid, belum ada sebarang usaha yang telah dimulakan Liverpool untuk membawa masuk Mbappe ke Anfield.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

PSG, Liga Perancis, Mbappe, Messi, Pochettino

Artikel Lain