suria

Menyampah betul Barcelona dengan Coutinho

BARCELONA seboleh-bolehnya mahu menunjukkan jalan keluar buat Coutinho dari Camp Nou musim ini.— AGENSI.

NAMPAK gayanya, menyampah betul Barcelona dengan perancang tengahnya Philippe Coutinho.

Bukan saja sanggup membayar separuh gaji pemain itu asalkan dia meninggalkan Camp Nou menerusi pinjaman musim ini, malah jersi no.14 juga bukan lagi menjadi milik Coutinho.

Sebelum ini, kelab Itali, Lazio dikhabarkan mahu menyunting Coutinho secara pinjaman sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos.

Skuad kendalian Maurizio Sarri itu juga memiliki opsyen untuk membeli Coutinho secara kekal dengan harga GB£ 25 juta (RM 146.8 juta) musim depan.

Pada masa sama, Barcelona juga dikhabarkan bersedia untuk membayar separuh daripada gaji Coutinho iaitu GB£ 200,000 (RM 1.17 juta) seminggu untuk membolehkannya berhijrah ke Lazio, lapor Daily Mail.

ARTIKEL BERKAITAN: JDT bakal dapat khidmat bekas penyerang Manchester United, Chelsea?

Lazio juga dikatakan akan membeli Coutinho secara tetap dari Barcelona sekiranya mereka berjaya menjual Joaquin Correa dengan harga sebanyak GB£ 34 juta (RM 199.6 juta) kepada Inter Milan, namun Inter hanya bersedia menawarkan harga sebanyak GB£ 25.5 juta (RM 149.7 juta) untuk tag harga Correa.

Cuma, perpindahan itu tidak dipersetujui Coutinho yang tidak mahu menyertai Lazio kerana ingin beraksi di pentas Liga Juara-Juara bersama Barcelona, bukannya Liga Europa musim ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun, dia dilaporkan tidak lagi berada dalam percaturan Barcelona musim ini selepas jersi nombor 14 yang dipakainya telahpun diberikan kepada Rey Manaj yang dinaikkan pangkat dari skuad belia.

Coutinho telah bersama Barcelona sejak tahun 2018 selepas berhijrah dari Liverpool pada harga £105 juta pound (RM616.5 juta).

Berbaki dua tahun lagi kontrak bersama Barcelona, Coutinho juga pernah dipinjamkan ke Bayern Munich pada musim 2019-20 dan menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama kelab Jerman itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Lazio, Barcelona, Inter Milan, Coutinho, Correa

Artikel Lain