suria

Mahu pemain yang macam mana lagi, Arteta?

MARTIN Odegaard antara prospek yang dilaporkan bakal menyertai Arsenal secara tetap sebelum tutupnya jendela perpindahan pemain.— AGENSI.

SEIRING dengan berjalannya masa sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos, Arsenal juga tidak ketinggalan sama dan cukup sibuk untuk melengkapkan pemain baharu musim ini.

Berbaki kira-kira dua minggu saja lagi, The Gunners yang sudah mendapatkan tiga pemain setakat ini dilaporkan masih memburu beberapa pemain baharu bagi menguatkan pasukan.

Ben White, Nuno Tavares dan Albert Sambi Lokonga sudah pun melengkapkan perpindahan menyertai Arsenal namun semuanya kurang menyerlah hingga tewas 0-2 kepada Brentford pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Aubameyang enggan beri harapan palsu buat Barcelona, takkan tinggalkan Arsenal melainkan....

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tanpa berselindung menyatakan keinginan untuk terus mendapatkan pemain baharu apabila bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho antara yang berada dalam radar The Gunners.

Begitupun, Arteta dilaporkan terkilan kerana gagal mendapatkan tandatangan penyerang muda Chelsea, Tammy Abraham yang telah disambar AS Roma.

Masa depan pemain sedia ada seperti Bellerin, Pierre-Emerick Aubameyang dan Willian juga masih lagi samar-samar sama ada akan kekal atau pun tidak di Stadium Emirates.

Pada masa sama, Real Madrid juga berkira-kira untuk menjual Martin Odegaard selepas minat ditunjukkan oleh Arsenal yang mendapatkan khidmat pemain itu secara pinjaman musim lepas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

The Gunners dijangka akan mengemukakan tawaran rasmi untuk Odegaard ketika pemain dari Norway itu seakan mula hilang minat untuk merebut tempat dalam kelab Sepanyol berkenaan.

Menurut wartawan Sky Sports, Dharmesh Sheth, Arsenal cukup beriya-iya mengejar Odergaard dan mengetuai senarai kelab pertama yang mahu mendapatkan pemain berkenaan.

Dalam laporan lain, Arsenal kini juga dilaporkan sedang mencari pemain bek kanan selepas Bellerin tidak lagi gembira dan mahu meninggalkan kelab London itu. - football.london

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Martin Odegaard, arsenal, real madrid

Artikel Lain