suria

Kehadiran Varane di Old Trafford, otai Man.United kembali bidas legenda Liverpool

KEHADIRAN Varane diharap mampu menyelesaikan masalah pertahanan United sejak beberapa musim lepas.— AGENSI.

SELEPAS dikecam hebat legenda Liverpool, Mark Lawrenson sebelum ini, bekas pertahanan tengah Manchester United, Mikael Silvestre kembali mempertahankan kehadiran Raphael Varane di Old Trafford musim ini.

Sebelum ini, Lawrenson lantang mengkritik pembelian Varane gara-gara statusnya yang sering dibelenggu kecederaan semasa bersama Real Madrid sebelum ini.

Namun, Silvestre percaya Varane bakal membentuk gandingan magis bersama Harry Maguire mengemudi benteng pertahanan The Red Devils.

United melengkapkan perpindahan pemenang Piala Dunia 2018 itu pada hujung minggu lalu dalam perjanjian bernilai 41 juta pound (RM238 juta) sebelum memperkenalkannya di hadapan penyokong ketika melakar kemenangan bergaya 5-1 ke atas Leeds di Old Trafford.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu pemain yang macam mana lagi, Arteta?

ARTIKEL BERKAITAN: Legenda Liverpool tempelak perpindahan Varane ke Manchester United

Varane dijangka akan menjadi pilihan utama pengendali United, Ole Gunnar Solksjaer untuk bergandingan dengan Maguire di bahagian tengah pertahanan yang bermasalah sejak beberapa musim lalu.

Bercakap kepada portal MyBettingSites, Silvestre berkata, duo tersebut besar kemungkinan akan memerlukan masa untuk mengadaptasi cara permainan masing-masing tetapi akan menjadi gandingan menakjubkan setelah serasi bersama.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dalam bola sepak moden, sangat penting untuk memiliki barisan pertahanan yang kuat. Bukan hanya untuk bertahan dan memastikan gawang tidak dibolosi, tetapi juga membantu ketika menyerang.

"Setiap pasukan mahu mengawal bola dan memastikan pasukan lawan gagal menembusi benteng pertahanan, saya percaya itu adalah sesuatu yang boleh dilakukan Raphael Varane.

“Percayalah, Varane akan membawa kepemimpinan dan pengalamannya bersama United serta membentuk gandingan mantap bersama Harry Maguire.

"Mereka mungkin memerlukan beberapa minggu atau bulan untuk membiasakan diri bermain bersama supaya dapat belajar dan memahami gaya permainan masing-masing,” kata Silvestre. — AGENSI.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain