suria

'Tolonglah sokong Arsenal'

ARTETA menagih sokongan penyokong Arsenal bagi membenam cabaran Chelsea dalam aksi EPL di Stadium Emirates sebentar lagi. — AGENSI.

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta percaya pasukannya akan mendapat sokongan penuh ribuan penyokong The Gunners ketika kelab London itu melayan kunjungan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates pukul 11.30 malam ini.

Ujar Arteta, pasukannya perlu menjadi 'sempurna' untuk menewaskan Chelsea dan meminta para penyokong memainkan peranan mereka dengan memberikan sokongan penuh.

"Permainan kami harus luar biasa, baik secara individu mahupun kolektif. Tumpuan kami ke arah itu dan kami memerlukan bantuan penyokong.

"Penyokong tahu apa yang kami cuba lakukan. Apabila keadaan menjadi sukar, mereka sering berada di belakang kami," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu pemain yang macam mana lagi, Arteta?

ARTIKEL BERKAITAN: Aubameyang enggan beri harapan palsu buat Barcelona, takkan tinggalkan Arsenal melainkan....

Arsenal sebelum ini dikecam hebat oleh majoriti penyokong The Gunners selepas tewas 0-2 dalam perlawanan pertama EPL menentang kelab yang baru saja dinaikkan pangkat, Brentford pada minggu lalu.

Tambah Arteta, beliau turut percaya Arsenal memerlukan masa untuk membina semula pasukan dan masih jauh ketinggalan berbanding Chelsea.

"Kita boleh lihat apa yang telah mereka (Chelsea) capai dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Lihat saja jumlah kejuaraan yang telah mereka menangi.

"Kami berada di fasa dan peringkat berbeza berbanding mereka," jelas Arteta.

Arsenal dilaporkan masih belum dapat menagih khidmat Gabriel, Thomas Partey dan Eddie Nketiah akibat kecederaan malam ini.

Pemain yang baru ditandatangani oleh Arsenal, Martin Odegaard dijangka tidak beraksi pada perlawanan sebentar lagi disebabkan masalah visa.

Malah, kehadiran Pierre-Emerick Aubameyang dan Willian juga masih menjadi tanda tanya selepas kedua-duanya sebelum ini disahkan positif Covid-19.

Musim lalu, Arsenal berjaya menewaskan Chelsea (3-1 dan 1-0) dalam kedua-dua pertemuan EPL dan pencapaian itu pastinya mahu diteruskan oleh Arteta sebentar lagi. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Arsenal, Arteta

Artikel Lain