suria

Kelab EPL tiada kuasa pastikan semua pemain ambil vaksin

Kapten kelab Arsenal, Aubameyang terlepas daripada beraksi dalam perlawanan bertemu Brentford selepas disahkan positif Covid-19.

PIHAK pengurusan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris mendedahkan bahawa mereka tidak memiliki kuasa untuk memastikan semua pemain divaksin.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas empat pemain Arsenal adalah Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette, Willian dan Alex Runarsson disahkan positif minggu lalu.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta terkejut apabila Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak menunda aksi di antara Arsenal dan Brentford tempoh hari biarpun pemain kelab itu disahkan positif Covid-19.

Empat pemain Arsenal yang telah disahkan positif minggu lalu adalah Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette, Willian dan Alex Runarsson.

“Kami ketika itu melalui detik yang sangat getir kerana ia berlaku dalam 48 jam sebelum perlawanan bermula dan banyak perkara yang berlaku.

“Mungkin juga kami telah menurunkan pemain yang masih belum bersedia dengan perlawanan tempoh hari dan ini situasi yang belum pernah berlaku kepada Arsenal,” katanya memetik laporan The Sun.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Super Mukh' tekad bantu Selangor tundukkan Perak

"Bagi saya, mudah saja. Pemain terbaik saya dijangkit Covid-19 dan tidak boleh bermain.

"Kami terpaksa buat apa yang termampu dan doktor kelab menjelaskan perkembangan ini dan risiko yang perlu dinilai.

"Tetapi pengendali (EPL) membuat keputusan bahawa meneruskan perlawanan.

"Kami menggalakkan pemain untuk mengambil vaksin kerana dengan cara itu mereka akan dilindungi termasuk keluarga dan persekitaran kelab," katanya.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel juga menyuarakan kebimbangan sama tentang penularan wabak itu dalam kalangan pemain.

Katanya The Blues juga kehilangan dua pemain Christian Pulisic dan Ruben Loftus-Cheek akibat virus itu.

"Bukan tugas saya memberitahu pemain untuk mendapatkan vaksin tetapi ini merupakan saranan jelas daripada doktor dan jabatan perubatan," katanya.

Sementara itu, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata tidak mungkin dia boleh memaksa pemain untuk mendapatkan vaksin.

"Tidak semua pemain telah mengambil vaksin lengkap.

"Saya hanya boleh memberi galakan tetapi tidak boleh memaksa mereka berbuat demikian," katanya.

Sependapat dengannya, Pep Guardiola juga berdepan masalah sama.

"Tiada siapa boleh paksa pemain untuk mengambil vaksin.

"Cara terbaik adalah menjelaskan manfaat mengambil vaksin, demi diri dan keluarga mereka sendiri," kata bos Manchester City itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, EPL

Artikel Lain