suria

'Super Mukh' tekad bantu Selangor tundukkan Perak

Bekas kapten skuad bawah 18 tahun ini berharap dapat kembali beraksi seperti biasa untuk musim depan.

PEMAIN muda Selangor Mukhairi Ajmal Mahadi tekad dan berharap aksinya dapat menyumbang kemenangan pasukannya dalam Liga Super dengan menumpaskan Perak malam ini.

"Saya gembira dapat beraksi pada minit terakhir perlawanan. Walaupun saya tidak memulakan semua perlawanan, saya akur dengan untuk bermain secara bergilir-gilir setiap minggu.

"Saya harap dapat kembali beraksi seperti biasa untuk musim depan.

"Bermain pada posisi berbeza akan lebih sukar tapi itu cabaran yang perlu saya ambil dan saya perlu sesuaikan diri," katanya kepada The Star.

ARTIKEL BERKAITAN: PJ City ada ramuan rahsia jinakkan Harimau Selatan

Bekas kapten skuad Bawah 18 Tahun itu turut mengakui semangat berpasukan dan nasihat daripada pemain senior Norhakim Hassan iaitu bekas pemain utama Perak menjadi penyumbang utama kepada kejayaannya yang dicapai hari ini.

"Jurulatih dan rakan sepasukan banyak membantu saya terutama mentor saya, Norhakim yang membimbing saya dengan baik,” katanya.

Mukhairi turut berpendapat Selangor mampu berada di kedudukan yang cemerlang memandangkan pasukan itu memiliki pakej yang lengkap.

"Selangor mempunyai gabungan pemain muda dan pemain yang berpengalaman yang baik. Saya lihat keserasian antara pemain itu ada dan yakin ini akan memberikan hasil yang memuaskan buat pasukan Selangor," katanya.

Selangor ketika ini berada di tangga kelima liga dengan 29 mata dan jika pasukan itu memenangi baki empat perlawanan terakhir, maka Red Giant dapat memperbaiki kedudukan tiga teratas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain