suria

Bintang muda bola Afghanistan antara korban jatuh kapal terbang

Pemain bola sepak kebangsaan Afghanistan, Zaki Anwari antara yang mangsa yang jatuh dari kapal terbang Amerika Syarikat.

VIDEO warga Afghanistan cuba berpaut pada kapal terbang Amerika Syarikat baru-baru ini ternyata meruntun hati masyarakat dunia, apatah lagi apabila melihat beberapa individu terbabit terjatuh setelah kapal terbang tersebut berlepas.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, antara individu yang menjadi korban termasuk pemain bola sepak kebangsaan Afghanistan, Zaki Anwari.

Reuters melaporkan bahawa Zaki Anwari berpaut pada badan pesawat udara tentera berkenaan dalam usahanya melarikan diri daripada negara bergolak itu.

ARTIKLE BERKAITAN: "Jangan tertipu!" Juara Olimpik kritik atlet guna teknologi kasut

ARTIKLE BERKAITAN: "Semua ada peluang sama sertai Piala Thomas" Choong Hann mahu pemain tampil prestasi terbaik

Bagaimanapun dia terjatuh pada paras yang tidak diketahui.

Kematian pemain bola sepak berusia 19 tahun itu turut disahkan Suruhanjaya Sukan Afghanistan.

Dalam satu catatan Facebook, BBC melaporkan bahawa Lembaga Pengarah Pendidikan Jasmani dan Sukan Afghanistan memberi penghormatan kepada Zaki Anwari.

"Berehatlah dia di syurga dan berdoa kepada Tuhan buat keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan sukannya," menurut catatan tersebut.

Dunia dikejutkan dengan klip video yang tular memaparkan ramai warga Afghanistan bertumpu di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai dalam usaha mereka melarikan diri sejurus selepas Taliban secara rasmi menawan negara berkenaan.

Puluhan orang dilihat mengejar pesawat tentera udara Amerika yang bergerak untuk berlepas, dengan sesetengahnya berpaut pada bahagian luar kapal terbang berkenaan.

Sejurus selepas berada di udara beberapa orang kelihatan terjatuh.

Agensi berita antarabangsa juga melaporkan tentera Amerika menemui beberapa bahagian anggota badan manusia pada bahagian roda pendaratan kapal terbang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain