suria

Chelsea hilang khidmat Pulisic, bakal beri kelebihan buat Arsenal?

Pulisic terpaksa diketepikan selepas didapati positif Covid-19.

BINTANG Chelsea, Christian Pulisic bakal terlepas aksi menentang Arsenal pada Ahad selepas bintang Liga Perdana Inggeris dari Amerika Syarikat itu disahkan dijangkiti Covid-19.

Pulisic turut merekod nama selaku penjaring ketika kemenangan 3-0 The Blues ke atas Crystal Palace pada aksi pertama musim ini namun tidak dapat menyertai latihan pasukan minggu ini.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel sendiri mendedahkan pemain itu tidak dapat menyertai pasukan dan perlu menjalani protokol ditetapkan.

Sebelum ini, bintang England, Ruben Loftus-Cheek sudha pun terlepas aksi pembukaan menentang Palace, juga turut didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun, berita gembira adalah Tuchel dijangka akan dapat menggunakan khidmat Hakim Ziyech dan N'Golo Kante.

ARTIKEL BERKAITAN: Temasya Paralimpik berdepan cabaran lonjakan kes Covid-19 di Jepun

“Ziyech dan Kante mula berlatih dan jelas ianya tidak ada masalah,” kata pengendali dari Jerman itu.

“Buat masa sekarang, ia seakan kedua-duanya akan dapat berada dalam pasukan pada perlawanan Ahad ini.”

Selain itu, Romelu Lukaku yang cipta rekod perpindahan kelab bernilai £97.5 juta (RM563 juta) juga dijangka dapat melakukan debut ketika aksi menentang Arsenal.

“Minggu ini menjadi detik paling sukar buatnya. Kami harap dia dapat berada dalam padang Ahad ini dan ia kelihatan semakin hampir,” kata bekas pengurus kelab Perancis, Paris Saint-Germain itu.

Ketika ditanya berapa banyak gol mampu dijaringkan Lukaku, Tuchel secara berjenaka mengatakan mungkin 50 atau pun 60 gol.

“Kita akan lihat kesannya. Sudah pasti kami mengharapkan jaringan, kita juga tidak patut bercakap mengenainya. Dia juga pasti mengharapkan dapat meledak jaringan.

“Dia berjaya menjaringkan gol dimana saja dia bermain dan sebab itu juga kenapa dia berada di sini. Kita akan lihat sejauh mana impak yang mampu diberikan. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

chelsea, arsenal, pulisic, EPL

Artikel Lain