suria

Temasya Paralimpik berdepan cabaran lonjakan kes Covid-19 di Jepun

Temasya Paralimpik Tokyo yang bakal bermula pada 24 Ogos dijangka berlangsung dalam keadaan sukar apabila Jepun dilanda gelombang Covid-19 paling teruk.

TEMASYA Paralimpik Tokyo yang bakal bermula pada Selasa depan (24 Ogos) dijangka berlangsung dalam keadaan sukar apabila negara tersebut dilanda gelombang Covid-19 paling teruk semenjak pandemik ini melanda dunia.

Situasi yang dikatakan berlaku disebabkan varian Delta ini menyebabkan hospital di Tokyo penuh.

Asahi melaporkan sebuah hospital di Tokyo menolak permohonan penganjur untuk menerima kes-kes kecemasan yang mungkin berlaku sepanjang temasya tersebut berlansung.

ARTIKLE BERKAITAN : Bekas kapten bola wanita Afghanistan minta rakan bakar jersi, padam identiti

ARTIKLE BERKAITAN : Atlet rejam lembing Poland lelong pingat, bantu kumpul dana pembedahan jantung bayi

Tindakan ini dibuat bagi memberi perhatian kepada kes-kes Covid-19.

Jepun mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 antara 15,000 hingga lebih 20,000 kes sehari sejak minggu lepas.

“Melihat kepada situasi perubatan, kita bakal mengadakan temasya Paralimpik dalam situasi yang sukar.

“Apa boleh kita lakukan sekiranya ada kes serius, memandangkan kita mengalami kekurangan katil di hospital,” kata Hidemasa Nakamura, salah seorang pegawai yang terlibat dengan penganjuran temasya tersebut.

Atlet paralimpik juga dijangka perlu mengikuti posedur operasi standard yang sama seperti atlet Olimpik sebelum ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

paralimpik, covid-19, hospital penuh

Artikel Lain