suria

FIFA bagi duit tapi kerajaan ambil...remaja ini dedah cabarannya tubuh pasukan bola sepak wanita

Dokumentari tentang pasukan bola sepak wanita pertama Somalia yang dihasilkan oleh Al Jazeera.

MASALAH kebuluran, perang saudara, gejala rasuah yang berleluasa bukan penghalang untuk Somalia menubuhkan pasukan bola sepak wanita pertama di negara itu.

Kerajaan Somalia pernah merancang untuk menubuhkan pasukan bola sepak wanita pada 1994 tetapi usaha itu tertangguh akibat perang saudara.

Selepas lebih 20 tahun, akhirnya inisiatif itu dihidupkan kembali pada 2015 oleh remaja dari Kenya, Shaima Sellal yang berperanan sebagai jurulatih dan pemain.

Dalam satu dokumentari bersama Al-Jazeera , remaja berusia 19 tahun itu mendedahkan cabaran yang dihadapinya untuk menubuhkan pasukan bola sepak wanita bernama Golden Girls.

Katanya, usahanya itu bukan sahaja demi bola sepak, tetapi sebagai mengangkat martabat wanita di negara itu yang sekian lama dibelenggu pelbagai masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak bunuh diri pada hari hadap ke mahkamah atas tuduhan rogol

ARTIKEL BERKAITAN: Forbes senaraikan Barcelona pasukan bola sepak paling bernilai, Man United jatuh tempat ke-4

Tapi usahanya itu bukan mudah kerana dia sendiri pernah menerima ancaman daripada kerajaan Somalia sehingga terpaksa melarikan diri ke Kenya.

Ini kerana Shaima mempersoalkan tindakan kerajaan mengambil wang peruntukan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kos satu kejohanan di Afrika Selatan pada 2018.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kini Shaima kembali ke Somalia dengan misi lebih besar untuk menghapuskan sikap prejudis masyarakat negara itu terhadap golongan wanita.

Perkara ini dibuktikan apabila mereka mendapat sokongan Pertubuhan Wanita Nasional Somalia untuk bertanding dalam kejohanan di luar negara baru-baru ini.

Walaupun pasukannya kalah dalam kejohanan tersebut, tetapi usahanya itu akhirnya membuka mata dan mendapat pujian dalam kalangan masyarakat.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

wanita, bola sepak, Somalia

Artikel Lain