suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelumba motosikal remaja, Hugo Millan maut dalam kemalangan tragis

Hugo Millan maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada perlumbaan European Talent Cup (ETC) pada Ahad.

PELUMBA remaja Moto3, Hugo Millan maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada perlumbaan European Talent Cup (ETC) di litar Motorland Aragon, Alcaniz, Sepanyol, pada Ahad.

Pelumba berusia 14 tahun dari Sepanyol itu dirawat di lokasi kemalangan sebelum dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun Millan tidak dapat diselamatkan.

Mendiang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

MotoGP menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan dan pasukan yang diwakili Millan.

Sementara itu, juara dunia MotoGP sebanyak enam kali, Marc Marquez turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan rapat Millan menerusi satu posting di Twitter. - Bbc.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain