suria

Peninju remaja Frank Varey lemas ketika mandi sungai

Frank Varey ditemui lemas ketika mandi sungai. foto Frank Varey

PENINJU remaja dari United Kingdom, Frank Varey ditemui lemas ketika mandi sungai di Handbridge dekat selatan Chester, pada Khamis.

Satu rakaman menunjukkan remaja berusia 16 tahun itu bersama rakan-rakan beberapa jam sebelum insiden berlaku.

Menurut laporan Manchester Evening News, operasi mencari remaja itu dijalankan, dan polis menemui mayat mangsa pada kira-kira pukul 11 malam waktu tempatan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Instagram dengan 20,700 pengikut, Varey kelihatan bersama rakan-rakan menyelam ke dalam sungai.

Insiden tragik itu berlaku selepas Polis Greater Manchester mengingatkan orang ramai untuk menjauhi sungai ketika gelombang panas.

Dalam pada itu, The Canal and Rivers Trust menegaskan larangan aktiviti berenang kerana terlalu banyak risiko yang tidak diketahui di dasarnya.

Risiko tersebut termasuk kedalaman, penyakit dan bahaya tersembunyi lain. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain