suria

Sukan Olimpik Tokyo 2020 buka tirai di stadium dengan ribuan tempat duduk hampir kosong

Upacara pembukaan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo. foto Reuters

SUKAN Olimpik Tokyo 2020 membuka tirai pada Jumaat dalam stadium dengan ribuan tempat duduk yang hampir kosong selepas setahun ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Perasmian diadakan di Stadium Olimpik di Tokyo, Jepun.

Satu video menunjukkan atlet berlatih di rumah akibat pandemik memulakan upacara itu, selain mercun dan bunga api di udara.

Upacara pembukaan itu dilakukan di stadium dengan kapasiti 68,000 tempat duduk itu.

Beberapa orang kenamaan turut memeriahkan perasmian itu, termasuk Maharaja Jepun, Naruhito; Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Jill Biden.

Naruhito merasmikan pembukaan Tokyo 2020.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Temasya sukan itu dibantah ramai penduduk di Jepun yang bimbang perhimpunan 11,000 atlet dari seluruh dunia itu akan menyebabkan jangkitan Covid-19.

Penganjur memperkenalkan peraturan ketat seperti melarang penyokong dari luar negara buat pertama kali dalam sejarah Olimpik.

Selain itu, penonton tempatan turut dilarang memenuhi gelanggang pertandingan.

Atlet, staf sokongan dan media turut tertakluk kepada protokol ketat Covid-19 termasuk ujian saringan berterusan dan pemeriksaan kesihatan harian. - AFP

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain